BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbuka puasa basah kuyup

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PEKAN: Sepasang suami isteri terpaksa berbuka puasa dengan beratapkan awan gelap dan dalam keadaan basah kuyup apabila kediaman mereka musnah dilanda ribut, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, rumah didiami mereka rosak teruk dengan keseluruhan bumbung diterbangkan angin kencang sejauh kira-kira 50 meter.

Menceritakan semula tragedi itu, mangsa, Mohd Sabri Othman, 42, berkata ketika kejadian, isterinya, Rozidah Rahim, 37, sedang sibuk menyediakan juadah berbuka untuk mereka.

Katanya, keadaan tiba-tiba menjadi gelap sebelum hujan lebat disertai angin kencang.

“Isteri yang berada di dapur kemudian bangun menutup tingkap, namun secara tiba-tiba angin kencang melanda dengan hujan mencurah-curah memasuki rumah,” katanya.

Menurutnya, dengan tidak disangka dalam kekalutan isteri berlari menutup semua tingkap, tiba-tiba isteri terdengar bunyi kuat dari atas bumbung.

“Dengan sekelip mata, angin kencang itu membawa sekali keseluruhan bumbung rumah kami menyebabkan keadaan dalam rumah dan isteri basah kuyup,” katanya yang ketika itu berada di tempat kerja di Peramu.

Katanya, sebaik mendapat panggilan telefon daripada isteri memaklumkan kejadian itu, dia bergegas pulang dan terkejut apabila mendapati rumah mereka rosak teruk.

“Saya hanya mampu beristighfar mengenangkan kejadian itu, mungkin ini dugaan kepada kami sempena bulan mulia ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menziarahi mangsa ribut di kampung berkenaan, semalam.
 
eleh....................rmai lg org ssh kat pekan tu.dah puloh tahun pgg parlimen pekan,ada lg ke org susah?pui!
 
kat tmpat aku mlm tadi pun ribut..angin kuat....
nasib baik tak jadi apa2..
tp ranting pokok n daun2 bersepah...
Alhamdulillah tak jadi apa2..
 
Back
Top
Log in Register