BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbaktilah Kepada Ibu Bapa

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
1000042785.jpg

BERBAKTILAH KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan dan menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka serta memberi khidmat yang terbaik.

Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka dan sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat mereka.

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.
 
IMG_20230210_005135_797.jpg


BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak.

Daripada Abu Ad-Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda : “Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka letakkanlah pintu itu atau jagalah ia.”

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka. Amin.
 
yang saya tau,
kalau derhaka kat ibu bapa tak boleh masuk syurga.
buatlah baik macam mana pun, amal sebesar mana pun, tetap tak boleh.
 
Selagi tidak mendapat redha ibubapa
Selagi itulah tidak dapat masuk syurga
Itu pun yang saya tahu lah
ada orang ingat,
kalau perempuan buat baik ngan suami
tapi derhaka kat ibu-bapa,
dia tetap dapat masuk syurga.
ada yang berfahaman macam tu.
sebenarnya salah fahaman tu kan.
 
Ibu bapa tu lah imej tu(h)an kita
Kalu kamu mengerti
Sebab berbuat baik dengan ibu-bapa tu perintah Allah.
dan dah pun tercatit dalam Al-Quran.

Janji Allah pasti tertunaikan:
Orang yang memilih-milih perintahNya takkan selamat.
 
Last edited:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbakti Kepada Ibu bapa

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ

Abdullah bin 'Amru RA berkata: "Datang seorang laki-laki kepada Nabi SAW lalu meminta izin untuk pergi berjihad. Maka Baginda bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" Laki-laki itu menjawab: "ya". Maka Baginda berkata: "Kepada keduanyalah kamu berjihad (berbakti) ". (HR Bukhari No: 2782) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berkhidmat dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah dituntut seperti membantu dari sudut kewangan, penjagaan terutama semasa mereka tidak sihat atau tua serta kasih sayang.

2. Berkhidmat dan berbakti kepada kedua ibu bapa adalah sebahagian daripada jihad.

3. Ada sahabat yang Rasulullah SAW tidak izinkan untuk pergi berjihad dan diminta berbakti kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup.

4. Berbakti juga dituntut selepas ibubapa meninggal dunia. Antaranya Menunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan juga hutang kepada manusia. Hadis Nabi SAWdaripada Ibn Abbas RA,

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا قَالَ: نَعَمْ قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk ditunaikan.” (HR Bukhari No: 1953)

Berbuat baiklah kepada ibu bapa yang telah berjasa kepada kita. Sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Berbakti kepada ibu bapa sebagai tanda anak soleh. Selamat Hari Ibu.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SyawalPermulaanBaharu
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb Mei 2023
23hb Syawal 1444H
 
1000496371.jpg


Buat Baik Kepada Ibu Bapa, Kunci Keberkatan Hidup

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah SWT hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi. (Riwayat al-Hakim 7263)

Sebagai anak, marilah kita sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memuliakan mereka. Ingatlah, keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan ibu bapa.

#kasihsayangibubapa
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Back
Top
Log in Register