BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berasmara Bawah Lampu Suram

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
SEREMBAN: Pasangan remaja berusia belasan hingga 20-an dikesan menjadikan beberapa kawasan suram di Dataran Senawang, dekat sini, sebagai lokasi memadu kasih pada malam hari.
Antara lokasi tumpuan termasuk kawasan rumah kedai belakang sebuah pasar raya besar di Senawang dengan kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu dalam kereta. Keadaan itu secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang masyarakat setempat kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan aktiviti kurang sihat, tambahan pula pelbagai kegiatan tidak sihat lain seperti meminum arak dan berjudi turut berlaku di kawasan berkenaan. Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata berdasarkan intipannya mendapati tidak kurang lima pasangan memadu kasih dalam kereta di kawasan itu pada setiap malam. Katanya, kebanyakan mereka melakukan kegiatan sumbang itu dipercayai membabitkan remaja berusia 20-an mahupun belasan tahun dan aktiviti itu dikesan mula aktif dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi, terutama pada hujung minggu. “Saya mendapati empat pasangan memadu kasih di kawasan itu berikutan kedudukannya terlindung dan hanya diterangi cahaya samar lampu jalan mendorong mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat melakukan maksiat. “Kami amat kesal dengan aktiviti tidak sihat terbabit kerana percaya mereka yang melakukan perbuatan itu pasangan Islam. “Malah, sebelum ini kami turut menerima beberapa aduan awam, terutama ibu bapa mengenai gelagat remaja mahupun pasangan kekasih tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui. Berikutan itu, katanya, pihaknya menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemantauan lebih agresif di kawasan Senawang termasuk Dataran Senawang yang sering dijadikan tempat memadu kasih pasangan remaja. “Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka kerana perbuatan itu mencemarkan imej Islam. Saya amat berharap masalah ini mendapat perhatian kerana bukan saja boleh mencemarkan imej kawasan ini, malah jika tidak ditangani, kegiatan tidak sihat ini akan terus berleluasa. “PPIM sedia memberikan kerjasama kepada pihak terbabit bagi mengadakan operasi menahan mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya.


Penduduk, Jimi Rustam, 37, berkata kegiatan tidak sihat termasuk remaja memadu kasih pada malam hari di kawasan Bandar Baru Senawang sering diperkatakan orang ramai sejak pembangunan pesat bandar baru terbabit hingga menimbulkan keresahan penduduk.


Menurutnya, kegiatan itu perlu dipantau pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keruntuhan moral membabitkan golongan muda tidak terus berleluasa dan menjadi barah yang boleh merugikan masyarakat dan masa depan negara. “Saya menyokong jika kegiatan itu dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk kerana ia tidak boleh dibiarkan disebabkan akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kegiatan maksiat membabitkan orang Islam
 
Eloklah dicegah sebelum terlewat..
 
kalau kat penang byk gak keter parking tepi2 laut tu...kalau tgk betul2 seat keter semua dah terbaring ke bawah...hahaha
 
tgkp jer..jgn mls2..nnt truk remaje2 nih..jge la mse depan mereka..
 
kne tubuhkn squad anti maksiat..ambush depa ala2 cam ambush umah perompak..haha..
 
cakap je byk.Bila dah masuk paper mereka yg terlibat akan lari cari port lain.Buat maksiat lagi.Patut masa tgk tu terus call polis, serbu tangkap je terus.Ini pot..pet..pot..pet..kesal la itu la.
 
Back
Top
Log in Register