BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beras ST15 sudah ada di pasaran

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

Beras ST15 kini didapati sudah mula berada di pasaran.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Beras subsidi Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15), dilihat sudah memenuhi pasaran sejak November lalu.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai sekitar bandaraya ini mendapati, beras itu sudah berada di kedai runcit namun masih dalam kuantiti yang sedikit.

Pekerja Pasar Mini Impian AAB Enterprise, Ibrahim Mat Akib berkata, pemborong mula membekalkan beras ST15 di kedainya sejak hujung bulan lalu.

“Selalunya beras ini sekejap saja sudah habis kerana banyak peniaga makanan membeli beras ini dalam kuantiti yang agak banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bekalan beras ST15 yang diperoleh daripada pemborong sebanyak 50 kampit sahaja untuk dijual.

Seorang lagi pemilik pasar mini, Tao Po Thing, 70, berkata, bekalan beras yang ada di kedainya baru diterima awal bulan ini.

“Saya baru saja dapat beras ini, selalu memang cepat habis dan sebulan hanya sekali bekalan sampai,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kebanyakan pasar raya dan kedai runcit di Kota Setar terputus bekalan beras ST15 sejak dua bulan lalu kerana didakwa timbul penyelewengan dalam pengagihan kuota beras itu kepada golongan sasaran.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/beras-st15-sudah-ada-di-pasaran-1.339818
 
rupa-rupanya korang sudah kena tipu dengan tokey kedai makan. tokey kedai makan termasuk golongan berpendapatan rendah rupa-rupanya.
 
Back
Top
Log in Register