Kali ini saya membawa satu lagi kisah menarik dimana seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan $3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.
Beliau mendapata pendapatan pertama beliau pada 7 November 2006 sebanyak $287 daripada Google AdSense. Pada Mac pula pendapatan beliau ialah $3204! Pendapatan $3000 di India adalah satu pendapatan yang cukup tinggi kerana engineer yang bekerja untuk IT company di sana hanya mendapat pendapatan averange $600 - $800 sebulan!
Formula yang beliau guna dalam kehidupan ialah “Patience + Passion = Lots of Money”. Beliau menjadi seorang blogger yang berjaya setelah 7 bulan blogging secara konsisten. Blog beliau ialah tech-buzz.net dan anda tentu boleh belajar sesuatu daripada blog beliau tersebut.
Saya pernah berbalas emel dengan beliau dan beliau juga seorang yang bagus melayan karenah pelawat blog beliau kerana saya banyak tanyakan beliau pelbagai soalan. Hehe saya berharap post kali ini juga dapat menaikkan semangat anda untuk terus membuat duit melalui Internet. Yosh!
Tu kisah terbaru dekat blog saya