azam575
CG Super Hardcore Club



- Messages
- 100,030
- Joined
- Jul 19, 2007
- Messages
- 100,030
- Reaction score
- 858
- Points
- 1,076
terbaik bro ...ini pengalaman aku.
tips aku macam ni :
kau bukak chart mana-mana pair.
contoh EUR/USD.
kau perhatikan berapa pips jarak antara nilai tertinggi dan nilai terendah bagi E/U bagi satu tempoh yang cukup lama.
melihat di Google Finance dari 2003-2011:
nilai terendah : 1.1122 (12 September 2003)
nilai tertinggi : 1.5887 (11 Julai 2008)
beza : 4765 pips
jadi, untuk menjawab berapa banyak modal nak kena ada, jawapannya bagi setiap position yang kau nak buka unutk EUR/USD haruslah setelah menolak margin yang diguna, margin baki yang masih boleh diguna sebelum MC haruslah boleh bertahan 5000 pips seandainya pasaran menyongsang position.
berapakah itu di dalam USD?
saudara kira sendiri. hendak buka position untuk untung berapa dolar satu pip? leverage berapa?
jika tidak dapat mengira, belum waktunya lagi untuk trading.
waktu untuk ke sekolah Babypips.
kebanyakan newbie terlalu teruja/excited untuk terjun trading... belajar teknik kemudian terjun.
reality is, forex adalah game untuk orang berkapital besar (i learnt that the hard way).
kalau kita modal kecil, tak apa. tapi belajar untuk redha bermula dengan untung kecil.
sebahagian besar modal bukan untuk digandakan, tapi untuk menjamin keselamatan sebahagian kecil modal yang dipertaruhkan.
sebahagian yang besar itu harus cukup, kalau tidak ia bukan satu pemberi jaminan tapi hanya "menghantar" duit dengan lebih banyak kepada broker.
mmg betul lah kata otai forex .... pastikan akaun bleh hold sampai 5K pips
utk GU banyak sikit .. kena hold 7K pips
Last edited: