assalamualaikum,
saya ada banyak persoalan mengenai pinjaman perumahan ni. maklum lah saya memang zero knowledge dalam bidang ni kerana tak pernah buat housing loan lagi. harap ada rakan-rakan yang boleh memberikan pendapat & pandangan serta dapat menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya ni.
ok katakanlah sekarang ni saya berminat nak membeli sebuah rumah teres setingkat second hand. harga yang ditawarkan oleh owner adalah rm185k termasuk semua kos renovasi yang telah dibuat, tidak termasuk kos guaman dll.
saya ada bertanyakan mengenai pinjaman perumahan di CIMB ipoh. gaji saya tidak berapa strong & saya telah pun mempunyai beberapa pinjaman yang lain seperti car loan & ASB loan. rancangan saya adalah mahu membayar deposit sebanyak rm100k & pinjaman bank dalam rm85k. rm7-8k lagi untuk lawyer fees dll saya cadang untuk bayar dengan baki a/c 2 KWSP yang ada. tujuan saya membayar deposit yang tinggi adalah supaya pinjaman saya dapat diluluskan dengan bayaran bulanan serendah yang boleh.
setelah berbincang dengan officer bank CIMB petang tadi, untuk pinjaman perumahan selama 30 tahun amount yang saya perlu bayar anggaran adalah dalam rm452 sebulan tidak termasuk insuran. interest rate BLR - 1.70% rasanya dari nota yang ditulis oleh officer tersebut. adakah tawaran ini bersesuaian?
kemudian officer yang sama menawarkan insuran Bijak Malaysia CIMB (itu yang tertulis di pamplet) dengan bayaran rm200 sebulan selama 25 tahun. adakah insuran ini wajib di ambil? apakah ada option lain bagi saya mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan & insuran? kerana jika dari jumlah tadi saya perlu bayar sebanyak rm452 + rm200 sebulan.
harap dapat tunjuk ajar dari rakan-rakan di sini.