Gabungkan PERLINDUNGAN DAN PELABURAN ANDA MELALUI Takaful myInvest
• Terima kasih kepada Takaful myInvest, anda kini boleh menggabungkan kedua-dua perlindungan dan keperluan pelaburan anda melalui cara yang bijak dan mudah!
• Pilih untuk melabur di mana-mana 5 dana yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Syariah;
• Kemampuan mengawal keperluan perlindungan anda dengan penambahan rider potongan unit yang komprehensif;
• Memanfaatkan segala pengalaman para professional dana kami dalam mengendalikan dana anda bagi mencapai pulangan pelaburan yang terbaik;
• Menikmati pulangan pelaburan tanpa menyerahkan sijil;
• Penukaran atau penambahan dana anda bagi memuaskan selera
pelaburan anda pada bila-bila masa. Dua (2) penukaran yang percuma pada setiap Tahun Sijil;
• Mengendalikan pengeluaran separa* bagi kegunaan semasa
kecemasan pada bila-bila masa;
• Memperolehi fleksibiliti dengan memilih amaun Jumlah
Perlindungan berdasarkan pilihan Caruman yang anda ingin bayar;
• Nikmati caj risiko yang lebih rendah dengan liputan yang lebih tinggi pada usia yang muda.
* Tertakluk kepada caj-caj pengeluaran separa
JANGKAUAN PERLINDUNGAN KEWANGAN YANG KOMPREHENSIF!
Anda memperolehi kedua-dua perlindungan Takaful dan pelaburan melalui Takaful myInvest.
Meliputi kematian biasa dan manfaat keilatan ke jangkauan
komprehensif rider potongan unit, kami akan sentiasa memastikan anda terjamin dan dilindungi pada setiap masa.
Jenis-jenis perlindungan kewangan yang ditawarkan di dalam pelan ini termasuk:
• Perlindungan kematian biasa & keilatan
• Kematian kemalangan**
• Keilatan menyeluruh kemalangan**
• Pendapatan harian bagi penghospitalan**
• Penyakit kritikal**
• Pengecualian Caruman**
** Jika rider potongan unit disertakan dengan pelan
STRATEGI PELABURAN YANG FLEKSIBEL!
Selain daripada perlindungan Takaful, anda juga boleh membina
portfolio pelaburan sendiri dengan berdasarkan kewangan dan selera risiko anda melalui pelaburan dalam dana pelaburan pilihan bagi mencapai objektif pelaburan anda.