BTC USD 83,613.5 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

berapa % keyakinan kita pada Allah SWT

salam..apbla kt terasa riak,glmour,n macam nafsu jahat sdra cepat2 lah berkata dalam ht sdra istaghfarullah hulazim..beberapa kali..dan menyebut auzubillhiminasyaitonirrajim..n jika kt rsa tak mampu nasihat pd fmly kt snjata yng paling hebat ialah berdoa..hnya allah sj yg meberi hdayat pd mereka.

ya benar, doa adalah sebaik2nya..

Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

pernah tak dgr kata2 diatas..? bayangkanlah yg paling last sekali itu selemah2 iman.. ini menandakan kita boleh nilai iman/kepercayaan dlm diri kita..:(
 
macam mana ni.. org yg tak solat itu adakah tidak yakin akan bertemu dgn Allah.. ustat bluedream, dinxq, jumatmajid dll yg tahu bantu huraikan bantulah kami yg lemah iman..

sdra kena faham beriman dgn yakin lain mksdnya..orag kafirpun mereka yakin bertemu dgn tuhan mereka..yakin bgb umat islam bermaksud yakin dgn mata hati..bukan dgn lisan shaja..sb itu cb kita perhatikan orang solat kebiasaanya mereka akan puasa ..n orang puasa belum tentu lagi mereka akan solat...adakah mereka tk yakin?mereka yakin akan bertemu juga dgn allah..tetapi mereka tdk beriman...allah berfrman orang yang berangan2 nk masuk syurga siapa?iaitu org yg berpuasa tetapi tk solat...kalau kt lihat pula rukun iman rangkignya solat dulu baru puasa..
 
ok tk suka saya nk kongsikan cth ujian2 semoga boleh dijadikan iktibar..

kalau org bujang sblom nk kawen slalu cakap "belum bersedia", org tua belum bg lampau ijau tapi zina nak atau dah terzina nauzubillah..

belum sedia sbb2nya belum mantaplah takder rezkila and etc.. tapi kita lupa Allah itu lah yg pemberi rezki..

(masa aku nk kawen dulu aku langgor jer walaupun dpt tentangan hebat.. pinjam duit sikit asal cukup proses kawen, belah pompuan pulak aku personaly ckp dgn parent dia tarbiyah sikit2, janji diri aku dah terlepas dari maksiat, alhamdulillah selesai hangus pun tk bnyak malu tak malu grand tak grand peduli apa org kata.. lepas kawen tiap2 bulan bayor utang smpai abis.. walaupun sesak sebenarnya.. laki bini yg mengandung siap share nasik sebungkus berlauk tlor sebijik :)) )
 
macam mana ni.. org yg tak solat itu adakah tidak yakin akan bertemu dgn Allah.. ustat bluedream, dinxq, jumatmajid dll yg tahu bantu huraikan bantulah kami yg lemah iman..

sdra kena faham beriman dgn yakin lain mksdnya..orag kafirpun mereka yakin bertemu dgn tuhan mereka..yakin bgb umat islam bermaksud yakin dgn mata hati..bukan dgn lisan shaja..sb itu cb kita perhatikan orang solat kebiasaanya mereka akan puasa ..n orang puasa belum tentu lagi mereka akan solat...adakah mereka tk yakin?mereka yakin akan bertemu juga dgn allah..tetapi mereka tdk beriman...allah berfrman orang yang berangan2 nk masuk syurga siapa?iaitu org yg berpuasa tetapi tk solat...kalau kt lihat pula rukun iman rangkignya solat dulu baru puasa..

terima kasih, pendapat yg baik.. boleh dijadikan pesanan utk diri dan kluarga sendiri supaya tidak meninggalkan solat.. kita tggu pendapat org2 lain..

org islam yg tidak bersolat apakah beriman pada Allah..??
 
ya benar, doa adalah sebaik2nya..

Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

pernah tak dgr kata2 diatas..? bayangkanlah yg paling last sekali itu selemah2 iman.. ini menandakan kita boleh nilai iman/kepercayaan dlm diri kita..:(

pernah..ya memang betul..akan tetapi cuba kita lihat nabi bersabda..beriqomahlah kamu di dalam melakukan ibadat kepada allah..ihdinassirotolmustaqim..ulamak menterjemahkan takkan nabi meminta jalan yang lurus lagi ..dia adalah nabi..jadi jumhur ulamak mentafsir pastaqim mksdnya kekal..jadi jika kita nak melihat kesan ibadat kita,doa kt,kt hendaklah istiqomah..biarlah sedikit ilmu kita janji kita berkekalan..nb bersabda amalan yang paling disukai olh allah ialah amalan yg berkekalan...n doa yg paling mustajab ialah doa dalam ayat al quran..mksdnya meluas..
 
Last edited:
pernh..ya memang betul..akan tetapi cb kt lihat nabi brsabda..beriqomhlah kamu di dlm melkukn ibadat kepada allah..ihdinassirotolmustaqim..ulamak menterjemhkan takan nb meminta jalan yag lurus lg ..dia adalah nb..jd jumhur ulamak mntafsir pastaqim mksdnya kekal..jd jk kita nk melhat kesan ibadat kt,doa kt,kt hndaklah istiqomah..biarlah sdkit ilmu kt jnji kt berkekalan..nb bersbda amalan yng paling disukai olh allah ialah amalan yg berkekalan...n doa yg paling mustajb ialah doa dalam ayat al quran..mksdnya meluas..

maaf tuan yer, pohon kurangkan shotform.. terkebil2 saya nk pahamkan tulisan..:">
 
ok saya selitkan kisah si penyisir rambut utk sama2 kita muhasabah diri seandainya terbeban keatas diri kita.. mampukah kita mengatasinya..


Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata "Mampus Firaun!". Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia bertanya, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" Jawab Masyitah, "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyitah bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa engkau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."


Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya, keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua ahli keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyitah tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.

Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Allah SWT, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.

Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.

sumber petikan : http://mselim3.blogspot.com/2012/03/kisah-masyitah-tukang-sikat-rambut.html
 
ya benar, doa adalah sebaik2nya..

Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

pernah tak dgr kata2 diatas..? bayangkanlah yg paling last sekali itu selemah2 iman.. ini menandakan kita boleh nilai iman/kepercayaan dlm diri kita..:(

pesanan saidina umar:didklah anak2 kamu seiring n sezaman dgn kamu..mksdnya nasihat tak makan sman,kadang akhir zaman ini kt gunakan sekali sekala saiko..n hkmah insyallah allah akan tolong..terkadang allh ingin menguji kita bukan di waktu dalam masjid,nbukan semasa memegang tasbih...jd wktu itulah iman kita mula pudar akan tetapi kt kena yakin janji2 allah pd orang yg sabar....unkapan sabr memang senang akan tetapi itulah jwapan yang sebenar2nya...bg orang yag faham mksud tersirat 'assobru'
 
ini sedikit kisah abu bakar r.a

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:

"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu? baginda bertanya..

Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya."

mampukah kita meninggalkan harta kita.. adakah kita benar2 yakin spt sahabat baginda atau.. ding dong ding dong..??

mari sama2 kita tarbiyahkan diri ini..

sumber : http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/AbuBakar.htm
 
Back
Top
Log in Register