kat malaysia boleh ke kita beli saham + premimum
contoh kita beli utk harga naik . kita beli 1000 unit saham seharga RM 1 seunit dan kita beli hedge premium utk antisipasi jika harga seunit saham tersebut turun menjadi RM 0.90 . ala ala insurans lah . dia akan bayar balik seharga saham kita .
klu pada asalnya total saham kita RM 1000 dan lepas sebulan saham tu turun jadi RM 900 . so insurans tersebut akan bayar balik kat kita RM 1000 semula klu kita nak jual . klu kita tak jual , dia akan bayar pd kita RM 100 yg kita rugi tersebut .
saya ada baca teknik ni dlm buku robert kiyosaki " unfair advantage paper trading asset "
boleh bro terangkan .
waaa ... bro betul2 study ttg stock market
kat bursa malaysia belum ada lagi facility mcm tu. kalau harga jatuh tanggung sendiri.
yg ada ialah "warrant" ... iaitu option untuk beli saham pada harga yg ditetapkan dlm sesuatu jangkamasa. secara teori kalau harga saham tu melebihi harga option maka kita boleh dapat untung dgn cara exercice option tersebut.
dgn membeli warrant maka kita membayar cuma sebahagian dari harga saham sesuatu syarikat. tetapi di bursa malaysia ada saham sesetengah company dimana harga saham dan warrant tak jauh beza. ini selalu berlaku pada penny shares.