BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berapa bahasa yang korang tahu?

tr4falgar

Legendary Member
gem
Messages
14,159
Joined
Oct 14, 2012
Messages
14,159
Reaction score
2,468
Points
266
Salam.

Berapa banyak bahasa yang korang tahu? samaada tahu cakap sahaja atau tahu baca dan menulis skali.

Kenapa pilih bahasa tu, berapa lama tempoh yg diambil untuk mahir dan fasih bahasa tersebut. cer cite.

Den start arini, first day (1/11/2022) nak belajar bahasa Rusia. Kenapa pilih bahasa Rusia, den rasa ianya antara bahasa yg susah didunia, sajo nak mencabar diri. Lagi satu den ni suka dengan loghat, loghat Rusia mcm menarik juga pada den. Cam seronok je tahu banyak bahasa kan.

Arini baru nak belajar huruf dan sebutan dulu. Den belajar kat youtube je ni, maklum la, internet dah bayar, kalo tak digunakan sepenuhnya rugi la, nak pi kelas takdok duit :ROFLMAO: :ROFLMAO: .

Den pilih sorg cikgu ni, bagus juga cara dia ajar.

First kene set goal, utk apa kita belajar bahasa tu, supaya kita tak membuang masa, dia pecahkah kepada 3
1-exam
2-travel ke Rusia
3-komunikasi

Den pilih goal den untuk komunikasi. Sampai masa nanti, video call ngan org Rusia lak utk praktis percakapan. Akan datang den update lagi perkembangannya.

Bahasa yg den fluent, English (banyak belajar dari movie je, takde pi kelas, ada perkataan baru je, google trus)
Bahasa cina skit2, tp hanya boleh ckap je, tak reti tulis.
Bahasa rusia, baru nak belajar
 
Last edited:
Wow mantap mek, arab pon antara bahasa yg susah difahami tu.. bahasa Al-Quran.
alhamdulillah tn tr4falgar, pada saya bahasa arab adalah senang utk dipelajari
saya suka bahasa arab :)
Brp lama mek study bahasa arab tu utk tulis, cakap dan membaca
tn tr4falgar, saya ni budak sekolah men agama (arab) dari tingkatan satu sampai tingkatan lima :)
mmg belajar arab kaw kaw kat sekolah ni :D
pastu sambung pulak degree kat uia, saya belajar law sivil dan syariah
law sivil saya belajar dlm bahasa inggeris pastu subjek subjek syariah tu dlm bahasa arab
kiranya bahasa arab ni mmg tak tinggal walau kat uia yg guna medium bahasa inggeris
 
alhamdulillah tn tr4falgar, pada saya bahasa arab adalah senang utk dipelajari
saya suka bahasa arab :)

btoi dah tu apabila kita suka sesuatu perkara, ia akan menjadi mudah kan

tn tr4falgar, saya ni budak sekolah men agama (arab) dari tingkatan satu sampai tingkatan lima :)
mmg belajar arab kaw kaw kat sekolah ni :D
pastu sambung pulak degree kat uia, saya belajar law sivil dan syariah
law sivil saya belajar dlm bahasa inggeris pastu subjek subjek syariah tu dlm bahasa arab
sekali budak sekolah arab daaa 😬 😬 , tahniah mek
 
Back
Top
Log in Register