BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berang Gagal Dapat Jodoh

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
18.11.2021 - Kuala Lumpur, Berang kerana gagal mencari calon jodoh di sebuah laman web, seorang penjawat awam bertindak memukul seorang wanita berusia 34 tahun dalam kejadian di Jalan 2 Chan Sow Lin, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 35 tahun pergi ke pejabat wanita yang juga pegawai khidmat pelanggan syarikat penyedia platform mencari jodoh itu sebelum berlaku perselisihan faham.

"Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan wanita berkenaan kerana dia sudah membayar RM 2,500 kepada wanita berkenaan untuk mencari calon jodoh di laman web namun tiada calon jodoh ditemui dalam masa enam bulan. Suspek menyalahkan wanita berkenaan sebelum membawa mangsa ke dalam lif dan bertindak menyerangnya di situ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Idzam berkata, mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

"Polis sudah mengenalpasti lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dan akan memanggilnya bagi memberi keterangan berhubung kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang," katanya.​

1637302594437.png
 
Last edited:
Rakaman seorang pegawai kanan PDRM Insp Jayganesh dari D9 IPK Selangor memukul seorang wanita di dlm lift. Pegawai ini merupakan seorang ahli kongsi gelap Geng 360 Devan. Bukti ini cukup utk cekup gangster beruniform ini ke tak?
 
polis dah mengenal pasti suspek ... pi la tangkap .. ade ke soh suspek datang bagi keterangan ..
kalo org awam .. mau dh kena kutip kat rumah.. terutama kalo melayu ... dlm masa 3-5 jam je dh kena kutip..

hamja punya org
 
polis dah mengenal pasti suspek ... pi la tangkap .. ade ke soh suspek datang bagi keterangan ..
kalo org awam .. mau dh kena kutip kat rumah.. terutama kalo melayu ... dlm masa 3-5 jam je dh kena kutip..

hamja punya org
Dtg beri keterangan sambil cekup skali la kot.. tu kt atas member tu ckp yg buat ni pun insp polis.. btul ke?
 
Back
Top
Log in Register