ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Khaeryll BENJAMIN IBRAHIM atau Benjy (kiri) dan Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin sempat bergurau dan ketawa ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, Johor, semalam. BERNAMA
MUAR 8 April - Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dan seorang rakannya berdepan hukuman di tali gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah seberat 1.32 kilogram, bulan lalu.
Benjy, 37, bersama Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, didakwa dengan niat bersama mengedar dadah jenis methamphetamine dalam sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar, di sini pada pukul 1.40 pagi, 27 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen tersebut membawa hukuman mati mandatori.
Benjy dan Raja Shariff Hidayatullah yang memakai pakaian lokap polis dilihat mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read.
Terdahulu, peguam bela kedua-dua tertuduh memohon untuk mendapatkan kertas pertuduhan terhadap anak guam mereka dan mahu laporan kimia tentang kes tersebut dipercepatkan.
Muhammad Shukri berjanji akan memenuhi permintaan pihak pembelaan, namun memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan kimia memerlukan tempoh untuk disiapkan.
Mohd. Syafiq kemudian menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Memetik laporan akhbar, tangkapan pada 27 Mac lalu itu dibuat semasa Benjy masih dalam ikat jamin selepas dia buat kali ketiga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di ibu negara pada 10 Mac lalu bersama seorang rakan wanitanya atas tuduhan memiliki dadah.
Bagi kes tersebut, pelakon terbabit bersama rakan wanitanya itu didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 9.33 gram serta dengan pengetahuan dan niat bersama didapati dalam kawalan mereka dadah jenis yang sama kira-kira seberat 3.4 gram.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di bilik Hainan, The Reeds Boutique Hotel, No. 9, Jalan Yap Ah Shak di sini, kira-kira pukul 9.30 malam, 5 Mac lalu.