BTC USD 81,295.3 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benjy bebas!!

peija06

Super Active Member
Messages
6,506
Joined
Feb 19, 2007
Messages
6,506
Reaction score
78
Points
70
thumbnail.php


KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelakon Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor selama dua tahun bermula 25 Mac tahun lalu kerana kes dadah mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985, telah dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Menurut peguambela Benjy, Amer Hamzah Arshad, arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dilakukan selepas permohonan anak guamannya pada tahun lalu dipertimbangkan pihak terbabit, yang kemudiannya menggantung perintah tahanan tersebut.

"Perintah penahanan Benjy di Pusat Pemulihan Akhlak itu digantung mulai 17 Mac lalu sehingga 4 Mei 2012. Anak guaman saya itu diperintahkan menjalani perintah sekatan dan dikehendaki menetap di Kuantan, Pahang.

"Dalam tempoh itu, Benjy akan mendapat pengawasan polis dan harus meminta kebenaran jika mahu keluar dari kawasan itu. Sebelum ini, Benjy juga telah dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan yang disabitkan dalam Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya.

"Kes dadahnya yang membabitkan Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah akan didengar semula di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada 18 April ini," katanya kepada Mingguan Malaysia sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Pada 25 Mac tahun lalu, anak pelakon Azean Irdawaty itu ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor selama dua tahun iaitu tarikh dia ditangkap semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Perbicaraan kes itu ditangguhkan sejak hari pertama ia dibicarakan pada 19 Ogos tahun lalu selepas peguam yang mewakili Benjy, Amer Hamzah Arshad mempertikaikan keterangan seorang saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarkan prosiding bicara dalam perbicaraan dijalankan dan berikutan itu tiga saksi polis serta Benjy telah dipanggil memberi keterangan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/inf...a&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_aa.htm#ixzz2Xm7rtcOr
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
dia tunjuk apa tu?
cincin?
green lantern?!
 
apa2pun.... apa motif thread ni tt?
 
ni bile punye cerita ni??
 
lps tu kena tangkap pulak...
 
dadah dia nie ade kait ngn name besar kot..tu yg lepas **** cam tu..haram punye taugeh
 
hampeh..ni berita bila
 
Back
Top
Log in Register