Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Ok,aku buka ruangan bengkel khas untuk perkhidmatan mengubahsuai,modified,mereka cipta indicator.Korang bolehlah buat permintaan disini.Tapi sebelum tu baca dulu syarat-syarat dibawah.
1.Perkhidmatan ini adalah percuma
2.Pastikan permintaan korang adalah logik dan boleh diguna pakai ketika trading.
Yang terbaik adalah strategy trading korang sendiri.
3.Aku masih tak reti sangat coding,jadi jangan harap aku dapat siapkan dengan kadar yg cepat ok.
4.Jangan niagakan indi tersebut (janganlah mengambil kesempatan)
Apa yg aku boleh bantu buatkan ialah jenis indicator
1.Berbentuk signal,contoh
"RSI berada diatas level 50,Price close diatas Moving Average 100 akan wujud Arrow ke atas"..Lebih kurang camtulah,ikut kreativiti korang nak camne.Korang design camne korang nak
2.Multitimeframe
Untuk indicator2 rahsia korang ke dan yg standard.
ini sahaja yg aku boleh buatkan untuk masa ni,
Tetapi aku syorkan search dulu dalam carigold,forex-tsd,forex-factory dahulu.Jangan jadi trader yg pemalas tetapi jadi trader yg rajin tetapi kalau tak jumpa kita sama-sama membantu
Kita buat win-win situation ok.
Objektif aku buat camni untuk mempercepatkan aku mahir coding dan juga mengisi waktu-waktu lapang.
Kalau ada coder-coder lain yg sudi membantu,sangat-sangatlah dialukan