TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Lumpur: Polis akan memperincikan undang-undang sedia ada bersama agensi kerajaan berkaitan bagi membanteras jenayah alam sekitar, khususnya membabitkan kecurian khazanah hutan negara.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob berkata, polis bersedia melihat ruang kerjasama yang boleh dilakukan, terutama berkaitan risikan dan penguatkuasaan.
“Dari segi undang-undang, apa yang kita ada memadai, cuma dari segi macam mana nak buat satu usaha berterusan membabitkan perancangan berkesan dan efektif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Save The Nature’ di Cheras, di sini, semalam.
Antara isu perlu diberi perhatian ialah sindiket pemburuan haram serta insiden kecurian kayu balak dan kayu gaharu.
Sehubungan itu, Ayub berkata, polis akan bekerjasama lebih erat dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Katanya, ini penting dalam merencana strategi terkini menjalankan operasi bersepadu membendung jenayah alam sekitar. - BERNAMA
http://www.hmetro.com.my/articles/2014042006133120140420061331/MA/Article