BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bendera negara dikibar separuh tiang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam tadi sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telahpun menyembah maklum perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Berucap dalam Perutusan Khas-Nahas MH17 yang bersiaran secara langsung menerusi RTM1, Najib menyeru semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat.

"Terus bermunajat serta berdoa kepada ALLAH agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara," katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang menganut agama lain pula digalak mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing.

Najib berkata kerajaan turut menzahirkan perasaan sangat dukacita dan pilu terhadap peristiwa tragik yang menimpa penumpang serta anak kapal pesawat MH17.

Justeru, beliau berkata kerajaan ingin merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang amat mendalam kepada seluruh anggota keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa tragedi.

"Makanya, diharapkan kepada semua, agar cekalkan semangat dan tabah menempuh dugaan amat berat ini," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 MAS Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan timur Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu, yang turut dinaiki 43 rakyat Malaysia termasuk dua bayi, ditembak jatuh.

Pesawat itu dilaporkan berlepas pada 12.15 tengah hari Khamis waktu Belanda dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi Jumaat.

MAS mengesahkan menerima makluman dari Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine yang terputus hubungan dengan pesawat itu pada 10.15 malam waktu Malaysia, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. - Bernama
 
Kes yang lalu tak habis lagi, timbul lagi satu kes... kesihan MAS... tahun yang penuh dugaan....
 
mh17 tau jgk bangkai pesawat...mh370 tk tahu langdung..


bnykan bersabar dgn ujian Allah kpd keluarga mangsa...
 
teringatkan 3 baby masa tragedi tu yg buat aku betul2 sebak... Allah..... :(:(:(
 
kalau di takdirkan berlaku lagi sekali mas dan seluruh malaysia kena buat doa tolak bala.
 
yang pasti CONFIRM diaorg ahli syurga... apakah kita nanti jua kesana? :((

even dah confirm ahli syurga pun bukan murah2 harga yg diorang bayar... boleh bayangkan terjunan mengejut kapal terbang tu dari level 33000 kaki 250 km/h camna... cuba bandingkan dengan space shot kat genting tu yg baru 185 kaki 67km/h... n they are just baby.... :((:((:((
 
Back
Top
Log in Register