BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benda Hitam

haha...2 in 1 bro..sbb tu tnya...apsal x tnya mod psl id kakak...cer try...

aku tgh tunggu jie ajis bangun update apa yg jadi semlm.

Biasanya selama ni org umah aku x penah komen gune id aku ni cume gune utk bace thread2 yg x boleh masuk gune id kakak tu sbb status newbie kan so byk thread xleh masuk. Ala aku malas la bro haha... id je xde hal pun :D

Tt tido umah kawan die kot sbb jin ketot da mula nampakkan kepala :D
 
orang ni selagi x nampak dengan mata sendiri mmg x percaye kot. :-?

Macam aku la dulu2..ssh betul nak percaya..dh tengok dengan mata kepala sendiri baru lah percaya..jin2/setan2 ni memang dh tugas diorg mengacau anak cucu cicit Nabi Adam A.s.
 
apo crito ustaz mlm td tt?
ke plawok plawok plawok plawok plawok?
 
ado tu tuan :) anak umo bapo? kalau kocik laie biaso eh leh nampak..tapi kalau dah 5 tahun ke atas tu kut nampak laie :) hehheh...tak bapak dio atau mak dio ado tu :) ....hehehhe...

den tak tipu do...kalau ustaz ustaz boleh nengok tu disebabkan amalan diaorang...

tapi kalau org biaso cam kito ni leh nampak....hehhhee....sendiri leh pikir kut :)

Umur lima tahun...tujuh tahun..yg tujuh tahun siap nampak benda tu main menyorok yorok ...terus lari masuk bilik den ....
 
Macam aku la dulu2..ssh betul nak percaya..dh tengok dengan mata kepala sendiri baru lah percaya..jin2/setan2 ni memang dh tugas diorg mengacau anak cucu cicit Nabi Adam A.s.
aku berharap sgt laki aku kena mcm yg kau kena ni...coz dia mmg susah dan x suka percaya tahyul mahyul ni...selalu kalu aku kena kaco, dia mls nk layan cerita aku...aku aje yg beriya2 cerita...dia buat x reti je..ujung2, aku yg bengang psl x dilayan...:mad:
 
Umur lima tahun...tujuh tahun..yg tujuh tahun siap nampak benda tu main menyorok yorok ...terus lari masuk bilik den ....

gi la berubat :) .... cam anak sedara den....sorang leh nampak....memacam dia nampak....blaja kat rusia dia cakap sampai sana dia nampak rusia punya lagi besar besar jin dia..berbulu lebat :) .... bila tanya mak dia..mak dia kata mungkin atuk dia dulu ada la pakai pakai ni....so skang jatuh ke cucu lak...nak kena buang..
 
Assalamualaikum

bila takde gambar video cakap scam bila dah bagi cakap edit, manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, semua hendak dipertikaikan.. yang nak tunjuk hebat ramai sangat tapi yela korang memang hebat aku percaya.. bila aku on9 tak mahu komen bila aku off terus muncul watak2 hebat yang bijak pandai dalam ni, memang terbaiklah seorang hamba allah tu jangan terasa hilang jiwa plak..

rumah ko dengan rumah aku jauh sebab tu aku tak pelawa ko datang rumah aku, bila tak pelawa faham2 lah jangan tunjuk ko hebat dengan cakap aku takut nak pelawa ko bro.. tak faham betul aku apa yang dia ni tak puas hati dengan aku.. aku tak mahu panjangkan hal ni dengan ko nampak ko hebat sangat dah jadi biarlah aku berundur diri.

aku dapat duit ke nak reka benda ni? banyak pulak masa aku nak edit bagai nak buat semua video ni? haish tak faham aku perangai orang camni.. entah apa nak sakit hati dengan aku entah, ada pulak tu yang pertikai kenapa aku rakam dapur jer? eh korang yang tersebut banyak bebenor laptop aku ni haa nak rakam semua tempat.. macam aku cakap tadilah memang susah nak puaskan hati semua orang ni, bila diminta buat ni bila dah buat mintak yang lain pula aku ni dah malas fikir dah semua ni korang nak cakap apapun cakaplah aku dah tak kisah dah, lepas ni biar jelah aku tanggung sorang2.. tak guna nak share dengan orang bila aku diketawakan dan dimaki bagai nak rak.. sesen pun tadak guna bai..

ada pula yang macam nak tolong tapi last2 nampak jelas permainkan aku, kepada mereka ini aku ucap bebanyak terima kasih lar.. aku ingat ramai boleh jadi kawan tapi lagi ramai jenis tikam belakang.. kepada id jejaka, aku tak faham apa motif ko cakap aku duk KL sedangkan aku tak pernah cakap aku duk KL, mungkin ko nak orang ingat aku ni putar belit yer? terima kasih juga kepada jejaka..

last kepada bro muhamadhidayat maaf kalau salah eja nama bro, terima kasih sebab menyokong aku dan mempercayai aku, ko pun sampai macam dah tawar hati nak ber cg disebabkan beberapa orang yang tak matang dalam ni kan? maafkanlah mereka bro sebab mungkin dia lagi hebat dan pandai dari kita2 ni bro.. janganlah ko mintak id ko kena ban bro sayang sangat lagi pun ko pun dah lama jugak kan di sini banding aku yang baru brapa bulan jer ni.. maaf bro sebab aku mula2 tak percayakan bro tapi lama2 nampak kesungguhan bro. terima kasih sekali lagi

aku pun dah tawar hati bila tengok keadaan jadi camni sampai ada 2 orang lagi buat bahan jadikan cerita aku sebagai parody, seronok sangat ke bila kesusahan orang korang jadikan gelak ketawa yer? nanti bila terkena kesusahan apapun orang buat balik kat korang baru korang rasa menyesal, nak buat parody tak salah tapi bila parodykan kesusahan orang itu yang tak betul.. aku tak marah cuma menegur dan harap ko fikir leklok pe yang ko buat tu baik ke?

ok ini last post dari aku lepas ini aku dah takkan on9 lagi dekat cg ni walaupun sayang tapi hati aku dah tawar.. niat ikhlas kongsi dijadikan bahan jenaka dan bahan umpatan orang.. last aku mintak ampun mintak maaf dengan korang semua member carigold.com, seronok dapat kenal dengan angpa semua.. harap korang semua gembira dan bahagia..



 
Back
Top
Log in Register