BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benci gelaran simbol seks

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
hi_03.1.jpg

WANITA mana yang tidak gembira jika memiliki tubuh badan yang menawan? Begitu juga dengan aktres, Neha Dhupia yang bangga kerana mempunyai tubuh yang seksi.

Bagaimanapun bekas ratu cantik India itu benci bila dirinya dikaitkan dengan simbol seks kerana ia mungkin boleh merosakkan reputasinya sebagai pelakon.

Manakan tidak, Neha menjadi perhatian setelah menjadi bintang bagi filem Qayamat dan Julie, yang mengisahkan pelacur jalanan pada tahun 2004.

"Saya bangga kerana memiliki tubuh yang seksi. Tetapi saya dikenali kerana watak Julie dalam filem Julie itu sendiri, manakala dalam Qayamat saya kerap berbikini.

"Khalayak sentiasa mengaitkan saya dengan lakonan yang ghairah sehinggakan saya sudah lali dengannya. Tetapi saya sebenarnya benci apabila diberikan gelaran simbol seks. Ia menggambarkan seolah-olah saya tak pernah melakonkan watak yang elok.

"Sedangkan saya telah berlakon pelbagai filem seperti De Dana Dan, Raat Gayi Baat Gayi, Mithya dan Ek Chalis Ki Last Local," katanya yang kini semakin memilih sebelum berlakon dalam filem yang ditawarkan kepadanya.
 
ayat skema pelakon bogel...wakaakaaakkaa
 
Back
Top
Log in Register