BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
Takpe...dah agak dah jawapan ko...

so sekarang isunya perkataan TELAH ye kan...bermakna telah ada la tanda2 kiamat tu...

ok meh kita tengok pula ayat ni yg Allah guna juga perkataan TELAH...

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." 30:41

so apa2 kejadian/kemusnahan/bencana alam yg berlaku KINI adakah disebabkan manusia la ni ato manusia dulu2...(munkin tak faham kot)...

pandangan aku pasal tanda2 kiamat ni...sebenarnya tanda2 ni dah ada lama dah...yg aku nampak ada 2 tanda besar...

1. Turunnya AQ.
2. Kerasulan Nabi Muhammad SAW yg merupakan penutup segala nabi.

apa kaitan

telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia

dengan tanda hampirnya kiamat (iaitu masa datangnya) mengikut surah al araf ayat 187?

dan pada aku terdapat dua sumber..
1. tanda yang datang daripada keterangan Allah
2. tanda yang datang daripada keterangan SELAIN Allah

dan aku takda masalah bagi keterangan yang datang daripada Allah
serta berpegang pada ayat ini..

tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia

selamat kan?

kalau salah... Allah maafkan..
janji Allah ni, takkan tak laku kut, cakap pendita juga laku? :D

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

[al-Maidah:101]

so.. buat apa nak RISIKO kan kehidupan sendiri dgn mencipta dan bergantung pada yang tak pasti?
bagi satu kehidupan yang tak boleh patah balik pula tu..
memang cari pasal ler tu..
silakan, takda sapa2 pun halang... hehe :D


p/s: compare cerita Iblis, Nabi Adam dan malaikat.. kalau dah perintah sujud Nabi Adam, sujud jerlah.. yang utama adalah "perintah Allah", jgn berlagak pandai dgn Allah, argue pula tak nak sujud sbb menyekutukan Allah.. argue pula lebih betul daripada Allah... nanti jadi Iblis
 
Last edited:
Pubin neh fikiran dia simple je.

dia translate Al-Quran, menggunakan akal dia dengan bantuan google.

kalau semua orang Islam dalam dunia translate Al-Quran mengikut nafsu semata macam dalam ini.
maka, tiadalah Islam.
semua main ikut nafsu sahaja.

Betul tu bro.. Orang macam dia la yang merosakkan fahaman orang islam..
 
Betul tu bro.. Orang macam dia la yang merosakkan fahaman orang islam..

ikut nafsu. siapa ikut nafsu? :))

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[17, 22, 32, 40:Al-Qamar] <--- ayat sama berulang 4x

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk Ugama
yang mudah diterima oleh akal yang sihat

[Al-A’la:8]

Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
[Al-’Ankabut: 51]

see? nkorang yang guna strategi ahli kitab zaman dahulu dan menyukarkan agama
supaya orang terpaksa bergantung kepada Pendita...
ahli-ahli agama boleh cari makan, boleh pegang kuasa..

cerita yang berulang2 jer... tak laku dah alasan ni, dah lapuk...
nkorang lah golongan PEWARIS AHLI KITAB di dalam al-Quran

dan sekarang nilah Islam tu tiada... melalui pegangan nkorang ni
jadi Islam kulit, berbillion orang hidup sampai ke mati tapi tak khatam al-Quran (tak faham maksud).. buktinya, nkorang sendiri...
dan brapa orang pula yang tahu dan benar2 mengamalkan al-Quran? pochikk... :))

Dan berkatalah Rasul:
“Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
satu Perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
jawapan Rasulullah pada Hari Akhirat... so, takleh fikir lagi sebabnya?
Allah saja2 taruh ayat ni ker? :D

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Patutkah kamu bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu?

[Al-Waqi’ah:80-82]
 
Last edited:
maaf bro pubin salah post, patutnya kt tmpat lain

dah betulkan dan dah post ke tmpat spatutnya

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=430220&page=12

ayat dan gambaran yang agak extreme, gambaran macam las vegas atau pusat pelacuran pun ada.. hehe :))

biarkan .. mungkin golongan yang berangan-angan kosong utk menjadi "golongan kanan"
sentiasa mencari2 balasan ... dan walaupun agak terlampau ..

Dan kamu pula menjadi tiga puak
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
Dan orang-orang yang telah mendahului – yang akan mendahului

[Al-Waqi’ah:7-10]

p/s: ayat perangkap di dalam al-Quran... :D
 
Last edited:
gambaran yang agak extreme, jadi macam las vegas pun ada.. hehe :))

biarkan .. mungkin golongan yang berangan-angan kosong utk menjadi "golongan kanan"
sentiasa mencari2 balasan, dan walaupun agak terlampau..

bahana bila manusia hidup dengan bersangka2 dan adat dan kepercayaan turun-temurun menjadi ikutan dan budaya tanpa rujukan yang pasti:)
 
bahana bila manusia hidup dengan bersangka2 dan adat dan kepercayaan turun-temurun menjadi ikutan dan budaya tanpa rujukan yang pasti:)

setiap kita mesti bermula dengan "kesesatan" ...
supaya ada "pencarian"

kalau dilahirkan dalam Islam itu telah menjadi bukti kebenaran
jadi di manakah akan berlakunya proses hidayah dan keadilan Allah?
tak adil ler pada orang kafir.. hehe :D

oleh itu.. "jalan yang benar", dan "jalan yang salah".. kena ada sehingga Kiamat
tanpa mengira bangsa, agama, mazhab, keturunan, pangkat, kuasa atau selainnya...
dan Allah akan memastikan ini... ketetapanNya...

atas alasan ini... umat Islam sendiri pun berada dalam kesesatan ... buktinya pun jelas
dan supaya ada "pencarian" .. supaya ada pergantungan kepada Allah
supaya jelas siapa yang benar2 beriman, dan siapa yang tidak...
bukan untuk Allah, tapi untuk diri kita sendiri..
agar kita tak boleh complaint dizalimi oleh Allah

so... aper yang betul dalam Islam?
kitab al-Quran sahaja..
lagi rugi daripada bangsa2 lain, kerana dikurniakan bakat (hablum minannas)
dan melalui jalan yang benar2 halus.. sukar dibezakan...
sebab tu Allah refer sebagai orang yang rugi serugi2nya... :D
 
Last edited:
setiap kita mesti bermula dengan "kesesatan" ...
supaya ada "pencarian"

kalau dilahirkan dalam Islam itu telah menjadi bukti kebenaran
jadi di manakah akan berlakunya proses hidayah dan keadilan Allah?
tak adil ler pada orang kafir.. hehe :D

oleh itu.. "jalan yang benar", dan "jalan yang salah".. kena ada sehingga Kiamat
tanpa mengira bangsa, agama, mazhab, keturunan, pangkat, kuasa atau selainnya...

atas alasan ini... umat Islam sendiri pun berada dalam kesesatan ... buktinya pun jelas
dan supaya ada "pencarian"
supaya jelas siapa yang benar2 beriman, dan siapa yang tidak...
bukan untuk Allah, tapi untuk diri kita sendiri.. agar kita tak boleh complaint dizalimi oleh Allah

so... aper yang betul dalam Islam?
kitab al-Quran sahaja..
lagi rugi daripada bangsa lain, kerana dikurniakan bakat (hablum minannas) :D

yg jd susah bro bila manusia tu tak rasa dia sesat , kerana dia sama dgn kebanyakan org disekeliling dia

bila dia rasa dia majoriti, maka dia rasa dia betul:D

mereka lupa abu jahal dan abu lahab, dan orang2 quraisy masa zaman nabi berdakwah di mekah juga dulu golongan majoriti , adakah itu menjadikan mereka betul ?

sejarah telah membuktikan mereka merasakan diri mereka betul dan menolak ajaran nabi muhammad saw yang membawakan islam dan al quran sebagai pedoman hidup

kesah ini macam dejavu, berulang2 manusia dan pemahamannya tapi tersekat dalam ruang lingkup yang sama

lojik atau tak , majoriti atau minoriti , biasa atau tak , budaya atau benda baru dan sebagainya , yang akan menentang perkara yang tak sealiran dengan kebiasaan mereka yang telah diwarisi secara turun-temurun

abu jahal dan abu lahab , begitu semua orang quraisy di mekah semasa dakwah nabi muhammad di mekah juga ada lojik mereka sendiri yang mereka warisi datok moyang mereka

APA YANG BERBEZA DENGAN YANG BERLAKU KINI ? JAWAPANNYA TIADA PUN BERBEZA

yang berbeza hanya zaman dan manusia nya , kesahnya masih sama, wallahu alam
 
yg jd susah bro bila manusia tu tak rasa dia sesat , kerana dia sama dgn kebanyakan org disekeliling dia

bila dia rasa dia majoriti, maka dia rasa dia betul:D

mereka lupa abu jahal dan abu lahab, dan orang2 quraisy masa zaman nabi berdakwah di mekah juga dulu golongan majoriti , adakah itu menjadikan mereka betul ?

sejarah telah membuktikan mereka merasakan diri mereka betul dan menolak ajaran nabi muhammad saw yang membawakan islam dan al quran sebagai pedoman hidup

kesah ini macam dejavu, berulang2 manusia dan pemahamannya tapi tersekat dalam ruang lingkup yang sama

lojik atau tak , majoriti atau minoriti , biasa atau tak , budaya atau benda baru dan sebagainya , yang akan menentang perkara yang tak sealiran dengan kebiasaan mereka yang telah diwarisi secara turun-temurun

abu jahal dan abu lahab , begitu semua orang quraisy di mekah semasa dakwah nabi muhammad di mekah juga ada lojik mereka sendiri yang mereka warisi datok moyang mereka

APA YANG BERBEZA DENGAN YANG BERLAKU KINI ? JAWAPANNYA TIADA PUN BERBEZA

yang berbeza hanya zaman dan manusia nya , kesahnya masih sama, wallahu alam

betul, dah sememangnya panduan hidup kita, maka golongannya tetap akan sama sehingga kiamat..
dan bagi umat Islam ... berada dalam "tradisi" Islam adalah ujian yang paling sukar...

dan the best part dalam ujian ni, Allah siap cakap dalam al-Quran semua tu ujian
tapi tetap tak akan beriman.. hebat sungguh! :))

Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah
bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran
dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus
maka mereka akan mengetahui kelak.

[Ghaffir:69-70]

aku dah hairan sangat2 nie.. berbuih citer ayat2 simple pun tetap orang tak faham
macam tak logik sungguh2.. hehe :))
 
Last edited:
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing
tentulah mereka akan berkata:
“Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?”​

Katakanlah (wahai Muhammad):

“Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman

dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar)
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka (bukan cahaya yang menerangi)


Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.​
[Fussilat:44]

see? bahasa bukanlah satu masalah .. tetapi percaya atau tidak percaya pd ayat2 Allah..
Al-Quran akan menjadi "gelap-gelita yang menimpa mereka", terbukti...

siapa berani bantah ayat2 Allah silakan.. tanggung sendiri, dah menjadi ketetapan Allah dan takda hal... :D

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh.

[Al-Qalam:44-45]

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya.

[al-Baqarah:9]

Katakanlah (wahai Muhammad):
“Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka…

oleh itu gugurlah amal-amal mereka
maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang pertimbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiatmat kelak

al-Kahfi:103-106
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register