BTC USD 84,729.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
maksud saya yang ini

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran) dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-A’raf:3)

tolong huraikan skit

oo yang tu.. memang sikitlah yang beriman dengan al-Quran :D
ni jawapan Rasulullah SAW pada hari Akhirat > rujuk sini

dan nko tahu apa maksud nyer?
maksudnya.. memang "amatlah sedikit" yang masuk syurga... rujuk sini

Alif, Laam, Miim, Raa’.
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.

[Ar-R’ad:1]

nko tak percaya pun jadi macam tu, nko percaya pun jadi macam tu..
dah ketetapan Allah, dan buktinya jelas kat forum ni.. :D
 
Last edited:
yang aku tekankan ialah ayat tu cakap "I will cause you to die of natural causes"
Nabi Isa as tak mati kat tiang salib, tapi kemudiannya mati mengikut kehendak Allah...

Aku nak betulkan statement TT je

"Nabi Isa as dah wafat dan takkan kembali (rujuk sini)"

Baginda tak mati kat tiang salib,baginda diangkat oleh Allah kemudian akan diturunkan ke bumi dan akan wafat di bumi.Rujukan ada di atas-atas.

Aku rasa dua-dua perkataan tersebut tak mengubah maksud ayat tersebut.Jadi tak perlu berbincang lagi tentang ini.
 
Last edited:
aku belajar solat ikut al-Quran, dan solat sama macam nkorang dan semua mazhab.. ok? :D

maknanya tt tk tolak hadis juga ek... tanda kiamat memang diceritakan dr rasulullah s.a.w..so tang mana yg masalahnya ek tt..?..

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya."

(Surah Al-Hasyr: 7)
 
banyak tanda tanda kecil kiamat .

contoh . perpecahan & persengketaan dikalangan umat islam seantero dunia . saling berbalah sesama islam , Wallahualam
 
Aku nak betulkan statement TT je

"Nabi Isa as dah wafat dan takkan kembali (rujuk sini)"

Baginda tak mati kat tiang salib,baginda diangkat oleh Allah kemudian akan diturunkan ke bumi dan akan wafat secara natural cause.Rujukan ada di atas-atas.

Aku rasa dua-dua perkataan tersebut tak mengubah maksud ayat tersebut.Jadi tak perlu berbincang lagi tentang ini.

ni merujuk ayat "mengangkat"
wordimage


Allah tak cakap pun mengangkat "jasad"...
ker nko salah faham kut... Allah mengangkat "martabat" atau "kemuliaan" kut? hehe :D

sebab kalau ayat di atas digunakan ke atas nabi..
semua nya merujuk menangkat "martabat" atau "kemuliaan"

maryam+57.png


macam mana pula dengan ayat ni

Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu
tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi
Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

(Al-Ahzab:40)

dan ayat ni...

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu
dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu

(Al-Maidah:3)
 
Last edited:
oo yang tu.. memang sikitlah yang beriman dengan al-Quran :D
ni jawapan Rasulullah SAW pada hari Akhirat > rujuk sini

dan nko tahu apa maksud nyer?
maksudnya.. memang "amatlah sedikit" yang masuk syurga... rujuk sini



nko tak percaya pun jadi macam tu, nko percaya pun jadi macam tu..
dah ketetapan Allah, dan buktinya jelas kat forum ni.. :D

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran) dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-A’raf:3

yang saya merahkan itu apa kefahaman kamu?
 
tt xsolat aku rasa.. psl dlm dalam alquran xda pun cita camne nak solat

itu pasal la,mcm pakar tafsir..tapi bole kata belajar solat dari al-Quran,surah mana plak yg ajar cara solat
 
tt xsolat aku rasa.. psl dlm dalam alquran xda pun cita camne nak solat

ye ker... kenapa agaknya? :))

bab solat ini.. takkan Allah terlupa nak citer kut...
padahal Allah kata al-Quran telah diterangkan secara terperinci...

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya
mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[Al-Jathiyah:11]

Alif, Laam, Raa’
Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh
kemudian dijelaskan pula kandungannya secara terperinci
adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya

(Hud:1)

Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
[Al-’Ankabut: 51]

Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk Ugama
yang mudah diterima oleh akal yang sihat

[Al-A’la:8]

Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?

[17, 22, 32, 40:Al-Qamar] <--- ayat sama berulang 4x

“Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah
padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu
Dan orang-orang yang Kami berikan kitab
mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya
Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu dengan benar dan adil
tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya
dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

[Al-An’am:114-116]

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah
tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya
dan untuk menjelaskan SECARA TERPERINCI hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu)
tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah
Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

[Yunus:37]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran)
yang Kami telah menjelaskannya SECARA TERPERINCI berdasarkan pengetahuan
untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman.

[Al-A’raf:52]

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI
dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

[Al-A’raf:174]

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran SECARA TERPERINCI (supaya jelas jalan yang benar)
dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

[Al-An’am:55]

Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI*
(dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka)*
dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: “Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) “
dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

[Al-An’am:105]

(Katakanlah): “Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah
padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran
yang jelas nyata kandungannya SECARA TERPERINCI (tentang yang benar dan salah)?”*
Dan orang-orang yang Kami berikan kitab
mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya
Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

[Al-An’am:114]

Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus
Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) SECARA TERPERINCI
bagi kaum yang mahu beringat – insaf.

[Al-An’am:126]

Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya
padahal Allah telah menerangkan SECARA TERPERINCI kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu
kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?*
Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.

[Al-An’am:119]

Wahai anak-anak Adam!
Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Katakanlah: “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya
dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”*
Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami SECARA TERPERINCI bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

[Al-A’raf:31-32]
 
“Dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(Surah an-Nisaa’: 157-158 )

Ayat tersebut dah jelaskan baginda diangkat kepada-Nya .Rujukan ayat lain juga menerangkan baginda akan turun balik ke bumi.Jadi disini kita jangan hanya bergantung pada satu ayat dan menyangkal yang ayat lain.

Nabi Muhammad S.A.W adalah penyudah segala Nabi,namun Nabi Isa akan turun dan teruskan syiar yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana betul,agama Islam sudah lengkap.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register