BTC USD 84,590.5 Gold USD 4,311.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Benarkah ada tanda kiamat?

Adakah terdapat tanda kedatangan hari kiamat?


  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
soalan kau merapu, jawapun pun merapu juga..

so.. nko bagi jawapan nko kata tak merapu...
(dah berbulan2 takda pun aku jumpa apa2 jawapan selain tuduhan kosong dan cacian)

surah apa dan ayat apa yang cakap Nabi Isa as masih hidup? akan kembali?

surah apa yang cakap "tugas-tugas keagamaan" belum selesai, dan memerlukan "tugas kenabian"?

surah apa yang cakap perlu ada "Messiah" untuk selamatkan orang Kristian atau betulkan Bible?

surah apa yang cakap mengenai Dajjal? :))


Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (Al-Ahzab:40)

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu (Al-Maidah:3)

p/s: kalau Nabi Isa as kembali, dia kena ikut syariat al-Quran dan ikut Rasulullah SAW kan?
oleh itu... jadi umat Rasulullah SAW kan?
alamak.. dah turun pangkat dari nabi jadi umat pulak dah..
dah tu, ada dua kitab pula nak kena ikut, isi kandungan al-Quran dan Bible..
nampaknya akan berpecah-belah, bermazhab dan berpuak2 lagieeeeeeee...
atau dia perintahkan untuk bakar semua Bible? bakar ayat2 Allah? ikut al-Quran jer, kitab muktamad
dan ayat2 beriman dengan Bible dalam Quran kena padam ker? hehe

pandai betul nkorang mendustakan agama, menfitnah nabi...
abis agama jadi tunggang langgang...
so..siapa yang merapu? hehe :eek:

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya

merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya.

[aL-Araf:35-36]

teruskan amalan nkorang.. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..
tak lama lagi dah nie, dah sangat2 hampir, nak patah balik pun tak boleh dah.. hehe :D
 
Last edited:
Tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
[Al-’Ankabut: 51]
hanya itu sahaja jawapan bagi rakaman rancangan Tanda Kiamat yg disampaikan oleh Dr Zulkifli....?
maknanya di sini, tuan pubin menyatakan bahawa Dr Zulkifli itu sesat & lagi menyesatkan....? :)
 
tokmat™;17300340 said:
hanya itu sahaja jawapan bagi rakaman rancangan Tanda Kiamat yg disampaikan oleh Dr Zulkifli....?
maknanya di sini, tuan pubin menyatakan bahawa Dr Zulkifli itu sesat & lagi menyesatkan....? :)

bila pula aku cakap macam tu.. tolong quote? aku ajak fokus apa yang al-Quran beritahu... hehe

atau nko rasa sendiri kut? mungkin betul ler apa yang nko rasa.. hehe :))
 
bila pula aku cakap macam tu.. tolong quote? hehe

atau nko rasa sendiri kut? mungkin betul ler apa yang nko rasa.. hehe :))

saya hanya perlukan penjelasan yg lebih tepat kerana rakaman siaran tersebut secara jelas menceritakan bab2 tanda kiamat....
saya amat berharap tuan pubin sendiri mendengar rakaman tersebut & memberikan hujah utk menyangkal akan setiap tanda yg beliau ceritakan melalui rakaman tersebut......

justeru itu, dengan jawapan yg ringkas demikian, saya membuat kesimpulan daripada jawapan tuan itu menganggap bahawa Dr Zulkifli itu sesat lagi menyesatkan.... :)

maka, tuan juga perlu memberi jawapan tepat, sama ada Dr Zulkifli itu sesat atau pun memang benar apa yg beliau sampaikan dalam rakaman tersebut....? :)
 
ni ulama panggung bro.. hebat atas pentas jer..
dia cakap, sapa pun tak bantah.. setuju jer semua, jadi tukang gelak...
bukan nyer dia terjun ke tempat atau pusat yang melawan arus...

kalau kat forum lain ler citer, kena attack bertubi2... fitnah, maki... info (peluru) pun banyak
aku syorkan dia pergi belajar menaip dulu.. penting ni, hehe
takut nanti tak sempat pula nak tepis.. jatuh reputasi dan takleh cari makan.. :))

Aku ambik yg mana baik mana yg rasa aku ragu2 aku tiggalkan dulu kaji balik..ustaz pun manusia biasa mencr ilmu kan fardu wlau profesor pun aku jumpa ada ***** tapi berlagak pandai
 

saya hanya perlukan penjelasan yg lebih tepat kerana rakaman siaran tersebut secara jelas menceritakan bab2 tanda kiamat....
saya amat berharap tuan pubin sendiri mendengar rakaman tersebut & memberikan hujah utk menyangkal akan setiap tanda yg beliau ceritakan melalui rakaman tersebut......

justeru itu, dengan jawapan yg ringkas demikian, saya membuat kesimpulan daripada jawapan tuan itu menganggap bahawa Dr Zulkifli itu sesat lagi menyesatkan.... :)

maka, tuan juga perlu memberi jawapan tepat, sama ada Dr Zulkifli itu sesat atau pun memang benar apa yg beliau sampaikan dalam rakaman tersebut....? :)

kita settle ni dulu... dah settle, nak cakap berjuta2 tanda kiamat pun takpa :D

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya?
Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku
tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia
(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat di langit dan di bumi
ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut
Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya
Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

[surah al-'Araaf : 187]

iaitu...

Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku

dan takda sapa2 boleh terangkan... termasuk cerita hadis atau ahli-ahli agama

tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia

datangnya pula secara mengejut

ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut

Rasulullah SAW seolah-olah mengetahui..

Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya

tetapi hanya Allah yang Mengetahui..

Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui


keberangkalian Rasulullah menyatakan sesuatu yg bercanggah surah al-'Araaf ayat 187 di atas?

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu)
mengatakan atas nama Kami
secara dusta
sebarang kata-kata rekaan


Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami
Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya
(supaya ia mati dengan serta-merta)

Maka tidak ada seorangpun di antara kamu
yang dapat menghalang daripada menimpanya

Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan
bagi orang-orang yang bertaqwa

Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa
ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran)

Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu
akan menyebabkan penyesalan
bagi orang-orang yang kafir

Dan sesungguhnya Al-Quran itu
adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).


[al-Haqqa:44-51]

fulamak.. bukan main2 punya citer nie
takkan Rasulullah SAW berani kut
boleh putus urat jantung.. hehe :D

kita buktikan sendiri melalui al-Quran samada Rasulullah SAW berani atau tidak...

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata
berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami
“Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia “
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri
aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja
Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar”

[Yunus:15]

Al-Quran kata takda sapa pun tahu tanda kiamat
Rasulullah SAW pula tak mungkin citer pasal tanda kiamat, takut nak pandai2 tokok tambah sendiri...

so ... camner ni? :D
 
Aku ambik yg mana baik mana yg rasa aku ragu2 aku tiggalkan dulu kaji balik..ustaz pun manusia biasa mencr ilmu kan fardu wlau profesor pun aku jumpa ada ***** tapi berlagak pandai

aku ambik apa yang Allah suruh jer, disampaikan melalui Rasulullah SAW... ucapan baginda, iaitu al-Quran
yang dia tak suruh/larang.. buat apa nak ambik tahu..
silap? biar ler silap.. Allah janji nak maafkan..
tak laku ker janji2 Allah?
nko siapa pula nak cakap janji Allah tak laku?:D

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu
Allah maafkan dari perkara-perkara itu
(yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)

kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu
pernah ditanyakan oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah
tidak juga Saa’ibah
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam

Akan tetapi orang-orang kafir itu
sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah (iaitu perbuatan mensyariatkan)
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
“Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”

mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”
Adakah sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu

Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu
apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.

[al-Maidah:101-105]
 
Last edited:
Perlukan penelitia yg mendalam thread ni..:-?aku akn kembali nnti..:-?
 
kita settle ni dulu... dah settle, nak cakap berjuta2 tanda kiamat pun takpa :D

saya cuma nak tahu satu je.....
bagi Tuan Pubin, Dr Zulkiflki Muhamad Al-Bakri ini sesat atau tidak....?

saya bukannya ahli dalam bidang ini....
tidak layak untuk berbicara mengenainya......
jika tuan menyatakan memang benar Dr Zulkifli ini sesat.... maka buku2 yg dikarang olehnya akan saya bakar & saya akan minta pihak berwajib menghentikan beliau dari terus bercerita bab2 agama ini di radio mahu pun TV Al-Hijrah.....
saya juga akan mengajak rakan2 utk turut serta belajar dengan Tuan Pubin yg lebih handal ilmunya berbanding ilmuwan tersohor seperti Dr Zulkifli ini.......
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register