levitez
Legendary Member

- Messages
- 14,102
- Joined
- May 28, 2007
- Messages
- 14,102
- Reaction score
- 15
- Points
- 115
adehsss...sapa plak mamat neh? ben? :-?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.




dia slalu ader kar BRF....
![]()
Kisah-kisah dulu, orang boleh bercakap, tapi... apa buktinya?? itureaksi penyanyi Ben Nathan kepada Hits ketika ditanya mengenaikehilangannya yang begitu lama dari dunia seni sejak akhir 1990-an.
Tempoh kehilangan penyanyi itu pernah dikaitkan dengan dakwaan kononnya dia mengalami tekanan jiwa.
Penampilan Ben, penyanyi yang pernah mencuri hati para peminat senisuara hujung tahun 1980-an dengan lagu popularnya, Stanza Sepi SekepingHati dan Penantian Satu Ilusi kini amat berbeza berbanding dengan zamankegemilangannya dulu.
Bagaimanapun, suaranya masih enak didengar ketika dia menyanyikan lagu itu semasa ditemu ramah.
Dengan dua buah lagu popular itu, Ben atau nama Islamnya, Ben Adam,45, bekas artis Guntur Rekod berjaya mencipta nama di persada senitanah air sebaris dengan penyanyi popular ketika itu seperti NassierWahab, Zamri, Shidee dan Ibnor Riza dengan lagu-lagu berirama baladadan cinta.
Dalam pertemuan selama sejam itu, Ben ghairah bercerita mengenaiperancangannya dalam bidang seni suara yang dianggap sudah begitusebati dengan dirinya.
Aku tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya aku sentiasa berusaha untuk kembali dengan lagu-lagu baru.
Setahun dulu aku ada rakam lima lagu di sebuah studio di Johor dengan penerbitnya, Jeya Rahman.
Tapi, bila dia meninggal dunia aku tak tahu apa jadi dengan lagu itu, mungkin master tapenya sudah dijual.
Selepas itu, awal tahun lepas melalui Iedet Production aku dahrakam tiga lagu untuk album terbaru aku,? rancak Ben bercerita mengenaiprojek seni yang sedang dirancangnya.
Tiga buah lagu yang telah dirakamkan di Studio Iedet Production ialah Kenangan Silam, Tidak Ku Duga dan Cik Bedah.
Menurut Ben juga, lagu-lagunya kali ini menyentuh isu semasa tanah air dan masyarakat di samping lagu-lagu berunsur cinta.
Masa berlalu dan manusia berubah. Aku rasa dalam usia begini selainlagu-lagu cinta, aku juga mahu nyanyikan lagu-lagu yang bakal menjentikminda generasi hari ini
Aku yakin lagu-lagu aku dapat mencuri hati pendengar kerana iramasentimental dan balada memang begitu dekat di jiwa masyarakat Melayudan peminat aku,? katanya penuh yakin.
Menurut Ben, proses rakaman albumnya akan disambung tidak lama lagidan sebagai penyanyi dia tidak sabar menunggu untuk bertemu denganpeminatnya.
Memang aku ada dapat undangan menyanyi. Malah Mas Omar (PengarahPromosi/ Promoter Masa Entertainment) ada juga undang aku menyanyi,tapi aku tak mahu.
Buat apa aku menyanyi lagu lama aku. Nanti bila album baru akukeluar orang tak mahu beli. Aku hanya akan menyanyi apabila album akusiap, kita mesti pandai mengatur strategi,? Ben mendedahkan rahsiaperniagaannya.
Jelas Ben, selain urusan rakaman dia juga sibuk dengan kerja lainyang mana semuanya akan membantunya menuju ke arah dunia seni yanglebih terjamin.
Apabila ditanya apakah projek lain selain album, tanpa ragu-ragu Ben berkata;
Aku ada banyak projek tapi semuanya rahsia. Aku tak boleh beritahunanti orang lain curi projek aku,? ujarnya menyambung perbualan.
Ben yang kini menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangorketika ditanya mengenai apa yang dirinduinya selama menyepi dari bidangseni menjawab:
Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan aku dulu. Tapi nak buat macam mana mereka semuanya bawa diri masing-masing.
Aku baik dengan Datuk Shake tapi dia pun tak ada di sini, aku kenaldengan Datuk Khadijah Ibrahim tapi dia sibuk. Aku juga pernah menyanyidengan Mazuin Hamzah tapi entah ke mana dia.
Aku harap bila album baru aku keluar berjudul Setitik Darah YangBerharga, peminat-peminat aku akan menyokong dan membelinya. Hanyadengan itu sahaja, aku dapat terus menyanyi,? kata Ben penuh mengharapsebelum dia meminta diri untuk beredar.
...takut tengok pesen terkini beliau....ngeri je rupa...macam samseng tarik kete je...dah la bergambar ngan kete....
xknl pn..hehehehe