eboss
CG Hardcore


- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Anggota penguat kuasa KPDNKK Terengganu memeriksa tangki sebuah stesen minyak yang menyimpan petrol dan diesel tanpa lesen di Wakaf Tapai, Marang kelmarin.
MARANG – Sebuah stesen minyak di Wakaf Tapai dekat sini yang belum beroperasi diserbu kelmarinkerana menyimpan sejumlah minyak petrol dan diesel sebelum lesen runcit dikeluarkan.
Serbuan dilakukan pegawai dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri kira-kira pukul 8.30 malam.
Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri, Ab. Ghani Harun, dalam serbuan itu, pihaknya menemui sejumlah 14,000 petrol RON 95, 12,000 liter (RON 97) dan 7,000 liter diesel yang kesemuanya bernilai RM63,350.
Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan orang ramai.
“Setelah diperiksa, kita dapati memang terdapat petrol dan diesel disimpan di stesen minyak ini, jadi kita akan sita bahan bakar tersebut untuk siasatan,” katanya ketika ditemui.