BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belia Mesti Diperkasa Dengan Ilmu, Kemahiran Hadapi Dunia Makin Kompleks - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141

Belia Mesti Diperkasa Dengan Ilmu, Kemahiran Hadapi Dunia Makin Kompleks - PM Anwar​

c17c2405109bde2e32e2b2b11cee37b16a06d7ad2290f

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama ahli-ahli Rakan Muda pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 'Menggerak Belia MADANI' hari ini.

Golongan belia harus dipersiapkan dengan ilmu, kemahiran, nilai, dan keyakinan bagi mendepani cabaran dunia yang semakin pantas berubah serta kompleks, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena sambutan Hari Belia Negara hari ini, beliau berkata generasi muda pada masa kini merupakan lambang semangat, idealisme dan kekuatan dalam mencorakkan masa depan Malaysia.

“Saya percaya generasi muda hari ini memiliki keberanian untuk berfikir secara kritis, menyuarakan pandangan dengan matang serta membawa pembaharuan demi kemajuan negara.

“Kerajaan MADANI akan terus memperluas peluang dalam pendidikan, latihan, pekerjaan dan keusahawanan termasuk memperkukuh sokongan kepada pekerja gig serta usahawan muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 hari ini.

Perdana Menteri berkata penguasaan ilmu dan teknologi mesti diseimbangkan dengan prinsip, integriti serta kesedaran untuk membina sebuah masyarakat yang lebih berdaya saing dan bermaruah.

Sebagai komitmen terhadap agenda pemerkasaan belia, Anwar turut mengumumkan tambahan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa gerakan dan pembangunan anak muda di seluruh negara.

“Saya yakin semangat, daya fikir dan tekad generasi muda akan menjadi kekuatan penting dalam mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih maju, adil dan dihormati,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register