BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beli telefon pintar cara ansuran

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
TEMERLOH - Koperasi Guru dan Pegawai Agama Pahang Berhad membuka peluang kepada 1, 070 ahlinya untuk membeli telefon pintar secara ansuran sehingga RM5,000 hasil kerjasama dengan sebuah syarikat pembekal barangan telekomunikasi.

Pengerusinya, Suhardiman Mohd Lazim berkata, menerusi perjanjian yang dibuat antara The One Mobile dan pihak koperasi, ahli yang berdaftar boleh membuat pembelian telefon pintar secara ansuran sekali gus menjana pendapatan koperasi.

Menurutnya, kerjasama dibuat bagi merancakkan perniagaan koperasi selain memberi keuntungan kepada ahli yang mampu memiliki telefon pintar secara ansuran selain rangkaian perniagaan koperasi yang semakin berkembang.

"Kita harap dengan promosi ini akan menggalakkan lebih ramai guru agama dan kakitangan kerajaan yang layak untuk menjadi ahli koperasi yang berusia 44 tahun ini," katanya.

Suhardiman berkata demikian pada majlis perjanjian persefahaman antara Koperasi Guru dan Pegawai Agama Pahang Berhad dengan The One Mobile dan Hong Leong MSIG Takaful pada mesyuarat agung koperasi tersebut kali ke-39 di sini.

Suhardiman berkata, koperasi tersebut yang menjalankan perniagaan menyediakan pembiayaan patuh syariah sehingga RM100, 000 telah banyak membantu ahli-ahlinya sejak ditubuhkan.
Beliau berkata, pada majlis itu juga koperasi telah menandatangani perjanjian dengan Hong Leong MSIG Takaful untuk perlindungan kepada ahli.

"Setakat ini koperasi telah terbukti membantu ramai ahli dan pada masa sama berharap lebih ramai guru agama dan kakitangan kerajaan yang layak supaya mendaftar sebagai ahli koperasi," katanya.
 
Byr ansuran beli telefon .. Harga contoh sebenar rm900 byr rm100 x 12bulan = rm1200..terbaiklah Koperasi Guru dan Pegawai Agama Pahang Berhad riba' itu mmg indah :D
 
Back
Top
Log in Register