BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belasah kerana sudu

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
GOMBAK: Hanya kerana terlambat memberi sudu, seorang pekerja sebuah restoran di Dataran Selayang, di sini, cedera di mulut, muka dan kepala selepas dipukul seorang lelaki yang tiba-tiba naik angin, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun sedang bertugas menjaga kaunter apabila tiba-tiba didatangi pelanggan yang memarahinya kerana tidak mendapat sudu.

Menurut sumber, mangsa meminta lelaki terbabit bersabar dengan alasan akan menghantar sudu diminta dan pada masa sama meminta maaf.

“Namun permohonan maaf mangsa tidak diterima, malah lelaki itu terus menghamburkan kata-kata kesat dan menumbuk muka dan kepala mangsa beberapa kali walaupun cuba ditepis,” katanya.

Sumber berkata, berang apabila mangsa cuba melawan, lelaki itu memanggil dua lagi rakan yang turut membawa sebilah parang bersamanya.

“Mereka kemudian memukul mangsa bertubi-tubi. Malah pelanggan lain hanya memandang dan tidak berani campur tangan kerana lelaki itu bersenjata parang.

“Mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada terus dibelasah lelaki terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Gombak untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dirawat di sebuah klinik berhampiran akibat cedera di bibir, muka dan kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek masih diburu bagi membantu siasatan.
 
giler,mana letaknya kesabaran lelaki ini...disebabkan kesalahan kecil sehingga sanggup mencederakan simangsa.
 
dorg belum berbuka lagi kot,,,,,,,,,,,,,,,,,
 
uish garang betul, pelanggan yang lain pun tengok wayang je la.bukan nak tolong lerai.
 
Nak tunjuk samseng sgtlh.....
Buruk btl perangai....
 
angin 1 badan
elok buat bekam dgn eboss
 
Back
Top
Log in Register