BTC USD 80,819.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar Coding EA (mql) asas

salam nak tanya ada EA utk OP sell n buy
yg siap letak TP n SL
boleh ejas berapa post nak buka harap membantu:)
 
senang je, tak payah EA tu...lepas OP manual, letak TP & SL...pasti akan otomatik close. :D

iya tak ya jg......
betul jg. tapi bro kalau dah jadi kek lapis 3,4 layer dah. dan pukul 2 pagi dah. tak kan nak duduk depan pc je. kalau ea nak close. kena close all. yang penting popit.
heheheheehhehehhe
 
if statement

untuk mengarahkan EA untuk melakukan kerja, kita kena letakkan rules ataupun logic.
Cara yang paling mudah atau popular di dalam MQL ialah dengan menggunakan if.
Kebanyakkan programming memang ada if ni, lebih kurang sama aje cara guna dia.

format untuk if

Code:
if ()
{

}

ataupun
Code:
if ()
{

}
else
{

}

contoh sekiranya saya target 10% gain from balance

code saya lebih kurang macam ni

Code:
if (AccountEquity() >= AccountBalance() * 1.1)
{
	[COLOR="SlateGray"]//-- function close all di sini[/COLOR]
}

function close all ni rasanya boleh cari sendiri. Dalam forum ni banyak dah ada :D
 
Last edited:
contoh sekiranya saya target 10% gain from balance

code saya lebih kurang macam ni

Code:

if (AccountEquity() >= AccountBalance() * 1.1)
{
//-- function close all di sini
}

target macam ne tu?guna 10% margin ke?
 
contoh sekiranya saya target 10% gain from balance

code saya lebih kurang macam ni

Code:

if (AccountEquity() >= AccountBalance() * 1.1)
{
//-- function close all di sini
}

target macam ne tu?guna 10% margin ke?

Maksud code tu;

Sebagai contoh, Balance ada $100
sekiranya Equity meningkat ke $110 atau lebih
EA akan execute close all function

logic tu bro boleh create sendiri, yang itu hanya contoh bagaimana nak guna conditional logic untuk execute command.

Kalau terus letak close all command takpa guna if, EA akan terus menerus close all. Bila open pos aje, EA akan close balik pos tersebut. Sebab bro tak letak rule bila EA sepatutnya close all.
 
contoh sekiranya saya target 10% gain from balance

code saya lebih kurang macam ni

Code:

if (AccountEquity() >= AccountBalance() * 1.1)
{
//-- function close all di sini
}

target macam ne tu?guna 10% margin ke?

Apa yang nak diterangkan oleh masta Aiman ialah antara keyword yang terpenting dalam sebarang pengaturcaraan (programming). Selain dari While, For dan If adalah beberapa key yang penting dan boleh dikatakan semua pengaturcaraan menggunakan keyword tersebut untuk menentukan hala tuju dalam penentuan keputusan yang diinginkan.

Buat programming ni macam bercakap jer... Contohnya, Jika aku dah untung 10%, aku nak close semua position. Kalau dua EMA bersilang, aku nak buy. Semua ni adalah cakap-cakap kita atau cara berfikir trader... Kita cuma perlu translate kan kepada bahasa programming yang difahami oleh platform.

Lihat contoh algorithm di bawah.

Code:
[I]if(expression)
     operator1
else
     operator2[/I]

expression tu adalah penentu keadaan tertentu. Selalunya dia dalam bentuk perbandingan... contohnya A sama dengan B... A lebih besar dari B.... A lebih kecil dari B...

Dari algo di atas, jika expression atau condition yang kita tetapkan itu benar, maka operator1 akan ambil alih dan melaksanakan semua tugas dia... Kalau expression itu tidak benar, makan operator2 akan ambil alih dan melaksanakan tugas dia.

else adalah tak wajib. Ia boleh ada dan juga boleh tak ada. Contohnya

Code:
If (x==1)
{
   y=3;
}

else ni boleh ada sekali atau boleh ada banyak kali bergantung kepada condition yang anda tetapkan. Sekiranya banyak condition, anda perlu ada else dan diikuti dengan perbanding if lagi. Contohnya.

Code:
if(x=='a')
{
   y=1;
}
else if(x=='b')
{
   y=2;
}
else if(x=='c')
{
   y=3;
}
else
{
   y=0;
}

Cuba compile EA kat bawah ni, dan tarik masuk ke pair pair yang berlainan anda.

Code:
int Start()
{
   if(StringFind(Symbol(),"GBPUSD",0)>=0)
   {
      Comment("Anda telah pilih pair yang betul!!!");
   }
   else
   {
      Comment("Salah pair!!! Anda baru memilih "+Symbol()+"!!!");
   }
}
 
Operator perbanding untuk MQL adalah sama seperti "C". Contoh dibawah adalah untuk membandingkan dua pembolehubah A dan B.

A == B jika sama
A > B jika A lebih besar dari B
A >= B jika A sama atau lebih besar dari B
A < B jika A lebih kecil dari B
A <= B jika A sama atau lebih kecil dari B

Perbezaan antara tanda == dan =.

== adalah untuk perbandingan.
= untuk assignment.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14617
USD / JPY
157.444
GBP / USD
1.33605
USD / CHF
0.82406
USD / CAD
1.40079
EUR / JPY
180.458
AUD / USD
0.71084
Back
Top
Log in Register