BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Belajar bermain saham bersama remisierRM

Status
Not open for further replies.
untuk kengkawan semua terutama yg baru terjun ke bursa supaya berhati-hati bila masuk pasar jangan lupa baca bismillah.
saya selalu rugi tapi tak nyesal sebab modal kecik je nak test sepak terajang market dan membiasakan diri dengan pelbagai tool, info serta realiti perniagaan. memang teruk juga kena belasah namun itulah hakikat yg terpaksa ditempuhi. semuanya jadi pengajaran di masa depan.
ada beberapa perangkap disana dan berhati-hati jangan terpedaya dengan pergerakkan sesuatu counter mungkin mainan dan umpanan semata. banyak yg dah kena dan hancus terutama yg 'innocent'.
jangan jadi yg pertama dan terakhir dipasar maksudnya niaga relax and steady dan yakinlah hanya DIA yg memberi rezeki.
 
jgn main-main, ini ai punyer remisier tau..hehehe
baik hati tau dan sgt membantu.
 
jgn main-main, ini ai punyer remisier tau..hehehe
baik hati tau dan sgt membantu.

uiks... saper ni? :D
Kita perlu ikhlas dalam mencurahkan ilmu... rezeki tuhan yang bagi... kita hanya berusaha... :)
 
dulu sy biasa main saham kecik2 je...takpenah untung tp memanjang rugi...walaupun time tu pergerakan bagus, tapi sering ditelan ikan jaws....
sbb diorg sindiket player...diorg yg tentukan harga naik turun....bila kita masuk je harga jatuh pulak....
walaupun kaunter tu sykt kukuh, tapi pengaruh ikan2 jaws ni amat kuat....
 
BAHAGIAN II – PERANCANGAN KEWANGAN

NILAI KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA

Sebelum memulakan sebarang rancangan untuk membuat pelaburan, anda perlu terlebih dahulu menilai kedudukan kewangan anda, dan menentukan berapa banyak yang anda boleh ketepikan untuk membuat pelaburan iaitu sebagai satu cara menambah simpana tunai anda. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan soalan-soalan berikut :

• Berapakah pendapatan semasa anda?
• Berapa banyak wang simpanan anda?
• Berapa banyak boleh anda simpan pada setiap bulan?
• Apa tujuan anda menyimpa wang?
• Apakah asset cair yang anda miliki umpamanya simpanan atau saham?
• Apakah asset tetap yang anda miliki umpamanya rumah atau rumah kedai?
• Apakah pinjaman yang telah anda ambil dan berapa banyak faedah atau bayaran pokok yang anda kena bayar balik?

Amat penting menilai kedudukan kewangan semasa anda dengan jujur, tahu di mana kedudukan anda seelum membuat keputusan arah tuju masa depan. Senaraikan data kuantitatif anda, umpamnya pendapatan dan nilai pelaburan semasa serta data kualitatif seperti keutamaan dan matlamat gaya hidup.

Selepas menilai kedudukan kewangan semasa, anda bolehlah menetapkan matlamat dan menentukan sama ada anda mahu menyimpan wang untuk membeli sebuah rumah dalam masa tiga hingga 5 tahun akan datang atau mengumpul kekayaan untuk persediaan ketika bersara. Atau mungkin untuk menunaikan fardu haji ataupun pendidikan tinggi anak-anak dalam masa lima hingga 10 tahun lagi.

SEDIAKAN PELAN KEWANGAN SENDIRI

Perancangan kewangan adalah satu proses di mana pelabur individu menilai matlamat dan kedudukan kewangan sendiri untuk menyediakan dan melaksanakan sesuatu pelan kewangan. Pelan kewangan membabitkan keputusan sama ada “hendak melabur atau tidak melabur” atau “hendak membuat pelaburan dalam apa atau tidak membuat pelaburan dalam apa”. Ini pula bukanlah sesuatu yang static tetapi proses berterusan. Setelah membuat penetapan, anda perlu mengawasi pelan kewangan supaya ia boleh menyerpa perubahan dalam matlamat peribadi anda, persekitaran ekonomi dan maklumat baru yang diterima. Ia adalah satu proses berterusan yang mengaitkan kedudukan kewangan peribadi dengan objektif kewangan anda sambil mengambil kira persekitaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah.




Objektif kewangan anda mungkin merangkumi, antara lain :
• Menghasilkan tahap pendapatan yang dikehendaki
• Mengekalkan atau meningkatkan kuasa pembelian asset.
• Mewujudkan tahap risiko yang boleh diterima
• Mencapai tahap kecairan dan kelenturan yang sesuai.
• Mencapai tahap terjamin dan berdikari yang memadai untuk masa kini dan akan datang
• Memaksimumkan pulangan dalam tempoh tertentu
• Mewujudkan jadual waktu yang sesuai untuk melabur, tempoh memegang sesuatu pelaburan itu dan melepaskan pelaburan.
 
saya masih lagi menunggu soalan2 dari para pelabur baru atau bakal pelabur di Bursa Malaysia... soalan seremeh manapun akan cuba dijawab... ok :D sila2...
 
tension dgn bskl time aku cuti dia bearish time aku keje dia bullish .denga cite ramai pelabur runcit lari pegi main kat luar negeri, tunjuk perasaan agaknya ,asyik rugi je kot?
 
saya masih lagi menunggu soalan2 dari para pelabur baru atau bakal pelabur di Bursa Malaysia... soalan seremeh manapun akan cuba dijawab... ok :D sila2...

statement nih mmbuat kan aku untuk bertanya soklan nih...
serendah mana kah amount boleh kiter invest??

dan bak kater jumlah invest adalah rm 3 satu lot...
boleh ker kiter bukak acc hnya utk satu lot shja...

meaning that kiter just depend on 1 lot jerk...hidup mati lot tue, nasib la kirer nyer...bley ker..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register