BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bela nasib pekerja kontrak

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
PUTRAJAYA 4 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan supaya menyerap kesemua pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan ke jawatan tetap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS menerima banyak aduan daripada pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan memaklumkan kontrak mereka tidak disambung walaupun menunjukkan mutu kerja yang baik.

Sehubungan itu, katanya, CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kesemua pekerja kontrak terutamanya selepas pembekuan jawatan pada tahun lalu diserap ke jawatan tetap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata telah berkhidmat lima hingga sepuluh tahun. Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, jadi tidak salah jika mereka diserap ke jawatan tetap.

"Kita janganlah menjadikan pekerja kontrak sebagai mangsa selepas pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Peruntukan yang banyak dalam skim tersebut bukan alasan untuk tidak menyerap pekerja kontrak ke jawatan tetap," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Omar, kebanyakan pekerja kontrak kini berada dalam dilema dan sering membuat aduan kepada CUEPACS agar nasib mereka terbela.

"Oleh itu, saya memohon jasa baik Perdana Menteri untuk memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keadilan untuk pekerja kontrak yang telah berkhidmat sekian lama dengan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu katanya, CUEPACS akan membawa isu tersebut dalam mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang terdekat demi memastikan nasib pekerja kontrak terbela.
 
Senang je nk suh najib serapkan diaorg... buat memorandum yg ada sign semua, pas tuh tunjuk bukti yg diaorg nih dah daftar jadik pengundi.... dlm memorandum tuh tulis....

KAMI SEMUA SEPAKAT AKAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT KALAU TAK DISERAP MASUK JAWATAN TETAP!!

settle masalah... :)cgrock
 
pak omar.. pak omar.. ooo pak omar..
kebajikan kami staf tetap gomen, pun pak omar tak bolah nak selesaikan, sibuk pulak nak raih sokongan dari staf kontrak.
utk staf kontrak pulak, awak semua dah tau kerja tu taraf kontrak jek, sentiasa lah bersedia utk diberhentikan & cari kerja lain. awak semua jgn mudah percaya janji-janji manis ni..
 
byk kerja Tok Omar nih..semua staf gomen dia amik berat...
dia kalau boleh nak semua staf dpt pembelaan sewajarnya..

# dlm gomen tok omar ni kerjanya dlm seksyen mana...
 
Senang je nk suh najib serapkan diaorg... buat memorandum yg ada sign semua, pas tuh tunjuk bukti yg diaorg nih dah daftar jadik pengundi.... dlm memorandum tuh tulis....

KAMI SEMUA SEPAKAT AKAN MENGUNDI PAKATAN RAKYAT KALAU TAK DISERAP MASUK JAWATAN TETAP!!

settle masalah... :)cgrock

Undi jangan Tak Undi.. kita kasi tukar kerajaan... :)cgrock
 
tukar gomen pun sama gak, kena buang pekerja kontrak.
 
Undi jangan Tak Undi.. kita kasi tukar kerajaan... :)cgrock

Betul..betul....Penamatan pekerja kontrak dengan alasan kerajaan tak cukup duit nak membayar gaji pekerja kontrak... huhu alasan tak munasabah...:D:D:D:D:D
 
byk kerja Tok Omar nih..semua staf gomen dia amik berat...
dia kalau boleh nak semua staf dpt pembelaan sewajarnya..

# dlm gomen tok omar ni kerjanya dlm seksyen mana...

dgr keje kat UPM technician tp dah jadi ketua kot kmdn UPM langsung kontrak dia..ikutkan dah bersara rasanya dia ni..klu tanya aku dlm kerajaan hanya perlu ada PSH dan TETAP aje..xperlu kontrak,aku dulu pekerja kontrak kerajaan..so xperlu ada org keje gomen kat sini nak kondem komen2 aku..kemudahan yang kontrak dpt sama aje mcm yg keje tetap..kecuali pencen n xleh loan rumah gomen aje.lain2 xde mslh,buat pun keje yg sama aje..ptt dr dulu nak amik bekerja dlm gomen 2 cabang aje..sama ada tetap atau PSH(dulu sambilan,PKS,SPS)..klu nak komen nape sambilan xserap tetap sedia maklum akan terma dia..ni keje kontrak confirm mengharapkan nk dpt tetap gak mcm aku dulu tp saban tahun asyik2 renew aje..apa pun sbg pekerja kontrak kite kena bersedia utk ditamatkan..itu yg tertulis dlm kontrak kite semua.
 
Last edited:

patutnya bagi yg PSH/kontrak dll tu, kalau dah bertahun2 khidmat masih diperlukan, serap aje la ke jawatan tetap. dari ambik staff baru lepas tu nk train lagi. kalau tk penting, buat apa sambung kontrak bertahun2 ye tak?. kalau diberhentikan tak ke rugi/sia2 pengalaman bertahun2 ?
mungkin nk kena tunggu ada anak menteri mana2 jadi kontrak staff baru nk bertindak kot???
 
sebenarnye dr awal lagi gomen xperlu wujudkan skim kontrak ni sbb hujungnye yg teraniaya org2 mcm aku ni lah..bile xdiperlukan,tamat kontrak diberhentikan..amik org baru jadilah PSH mcm skim baru ni..ptt dr dulu mcm aku katakan hanya perlu ada tetap dan sambilan aje.
 
Back
Top
Log in Register