BTC USD 83,204.4 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info BEK'WOH.....

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,792
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,792
Reaction score
2,195
Points
261
BEK'WOH.....

Kalu di Kelate sebutan bekwoh selalu disendakan berasal konon daripada perkataan English "Big Work" iaitu kerja besar bermaksud kenduri.

Tapi sebenarnya perkataan ini berasal daripada BUWOH, perkataan Jawa yang dipertuturkan di kawasan Jawa Tengah. Amalan BUWOH ni sama dengan amalan di Kelate semasa kenduri di kampung-kampung di mana orang kampung yang dijemput dan jemputan akan memberi sumbangan wang yang disebut "Ngeley".
Ngeley kepada keluarga pengantin tersebut akan menjadi ukuran balas apabila keluarga jemputan tersebut pula membuat Bek'Woh atau Buwoh suatu hari nanti.
Jika ngeley dahulu RM10, maka balasan ketika Bek'Woh atau Buwoh di rumah dia juga setidak-tidaknya RM10 atau lebih.

Budaya ini satu bentuk memberikan sumbangan atau kerjasama bagi memudahkan majlis kenduri antara penduduk kampung. Cuma sekarang budaya Bek'Woh sudah jarang diamalkan sebaliknya tetamu dijemput "Makan Sajo" atau kesyukuran iaitu tanpa syarat ngeley lagi.
Jika jemputan tidak dapat hadir, maka ngeley itu akan dikirim melalui kenalan atau hadir selepas hari majlis. Tapi jika jemputan tidak hadir atau tidak mengirimkan ngeley maka siaplah...

"Dio tidok mari ngeley pun masa bekwoh rumah kito...kito pun doksir gie rumoh dio."

Maka itulah asal usul perkataan Bek'Woh. Tidak itu saja, perkataan sama antara Kelate dengan Jawa yang lain ialah "sisir" untuk sikat dan "gegey" untuk bising.

Sebab itulah Prof Madya Zafarina Zainuddin membuat kajian sampel 12 DNA sub etnik orang Melayu, orang Kelantan dan orang Jawa, genetiknya yang sangat rapat dan sepadan.

Orang Kelate tahulah akan sesepuhnya itu Tok Raja Jawa lah...hingga dimainkan di dalam Mak Yong Dewa Muda kisahnya.

Sekian...

 
Dio tidok mari ngeley pun masa bekwoh rumah kito...kito pun doksir gie rumoh dio."

Mungkin ada sebab musabah dia tak leh gi rumah kenduri...sangka baik shj....buang budaya balas dendam ni....tok molek.....malu ke anak cucu
 
Dio tidok mari ngeley pun masa bekwoh rumah kito...kito pun doksir gie rumoh dio."

Mungkin ada sebab musabah dia tak leh gi rumah kenduri...sangka baik shj....buang budaya balas dendam ni....tok molek.....malu ke anak cucu

Ye dh tu sobat
Leni alek kampung dop byk doh org buat bekwoh
 
Back
Top
Log in Register