BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekerjasama latih akauntan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Nora menerima tanda penghargaan daripada Michael ketika pelancaran GMA P di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MAYBANK dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) melancarkan Program Perantis Maybank Global (GMAP)Plus, iaitu program latihan kerjaya Maybank yang bermatlamat menghasilkan tenaga mahir berkalibar dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, usahasama pertama kali pernah diadakan ini menggabungkan kelayakan Akauntan Bertauliah (ACA) dengan Program Perantis Maybank Global (GMAP)dan ia bakal melahirkan ramai graduan dengan kelayakan akademik yang kukuh dan pemimpin berpotensi apabila mereka melalui latihan penggiliran tugas selama dua tahun dengan Maybank serta pada masa sama mendapatkan keyakan ACA dari ICAEW.

Di bawah program tersebut, calon-calon terpilih akan diberi peluang untuk mendapat latihan menyeluruh dan peluang-peluang pembangunan, latihan dan mentor dari pengurusan kanan dan juga latihan kerja di luar negara di mana sahaja terdapatnya pejabat Maybank.

Ini sebagai tambahan kelayakan untuk menamatkan pengajian sebagai Akauntan Bertauliah ICAEW. Gabungan pengalaman ini akan menyediakan peluang bagi laluan sebagai pengurusan tahap tinggi.

Perjanjian ditandatangani di Menara Maybank, Kuala Lumpur,antara Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan, Maybank, Nora Abd Manaf dan Ketua Eksekutif ICAEW, Michael Izza. Turut hadir Ketua ICEAW, Malaysia Loh Wei Yuen.

Sementara itu Wei Yuen berkata, GMAP Plus membolehkan mereka yang dilatih menerusi skim GMAP Maybank untuk turut mendapat kelayakan ACA yang diiktiraf ICAEW di peringkat antarabangsa.

“Gabungan latihan dengan sektor kewangan utama dan pembelajaran untuk kelayakan profesional menyeluruh ini membolehkan mereka membangunkan kemahiran dalam bidang kewangan dan strategik bagi melengkapkan pengalaman perniagaan dan kemahiran perniagaan mereka,"katanya.

Maybank & ICAEW meterai usahasama latih akauntan bertauliah
 
Back
Top
Log in Register