BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas ratu saman kelab bogel

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK - Bekas Ratu Cantik Oklahoma, Laci Kay Scott (gambar) menyaman sebuah kelab bogel di daerah Flatiron, di sini kerana menggunakan wajahnya dalam iklan tanpa kebenaran, lapor sebuah akhbar semalam.

Laci yang berumur 22 tahun menyatakan dalam dokumen sebuah mahkamah di Manhattan, New York bahawa dia boleh mengecam dengan mudah wajahnya dalam iklan yang mempromosikan tarian peribadi di kelab tersebut.

Gadis itu menyatakan dia menolak tawaran untuk bergambar bogel, memakai pakaian dalam atau sebarang imej yang boleh mencetuskan provokasi seks.

Laci menjelaskan dia enggan melakukan perbuatan itu bagi melindungi imejnya.

Gadis itu yang pernah memasuki peringkat separuh akhir dalam pertandingan Ratu Cantik USA 2005 menganggap penggunaan gambar tersebut menyebabkan dia berasa malu.

Laci berkata, dia terpaksa berulang-ulang kali memberi penjelasan kepada rakan dan keluarganya yang terkejut apabila melihat iklan itu.

- Agensi
 
Laci dok dalam almari lah :eek:
 
Back
Top
Log in Register