ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuala Lumpur.23.5.2014.Penyanyi Tegar sempat bermain gitar dihadapan wartawan Kosmo semasa kunjungan beliau dipejabat KOSMO disini hari ini.Gambar Fatah Sulaiman.Wartawan Khadijah(HIBURAN)NOTATERBITANUTUSAN MALAYSIA20 FEBRUARI 2015JUMAATMUKA 17***archived by MHM
KUALA LUMPUR 1 April – Bekas pengurus penyanyi Tegar Septian (gambar), Muhammad Arif Dollah, telah ditangkap polis Singapura atas dakwaan melakukan penderaan seksual terhadap penyanyi cilik yang berasal dari Indonesia itu.
Menurut laporan portal Berita Harian Singapura, tangkapan ke atas Muhammad Arif dibuat selepas pihak polis menerima dua laporan yang dibuat sebelum ini.
Muhammad Arif, 29, telah ditahan hari ini untuk membantu siasatan yang dilaporkan berlangsung sehingga pukul 3 petang.
Lelaki itu didakwa telah melakukan penderaan secara seksual terhadap Tegar, 13, yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.
Sebelum ini, Tegar telah membuat aduan mengenai penderaan seksual yang dilakukan Arif terhadapnya kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA)
Selain Tegar, turut membuat laporan yang sama terhadap Arif ialah penyanyi Sufie Rashid dari Singapura.
Sufie dalam laporannya kepada polis pada 25 Februari lalu, mendakwa bahawa dia telah didera secara seksual oleh Arif sekitar 12 tahun lalu.