BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Operator Kilang Diarah Bela Diri Bunuh Bekas Isteri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Bekas Operator Kilang Diarah Bela Diri Bunuh Bekas Isteri​

8cbb47a1572ceed486fa1e9e5c446c3267791d2f8f4d5


Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas operator kilang Zulkifli Joned membela diri atas pertuduhan membunuh bekas isterinya pada 2019 selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azman Abdullah turut mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 16 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Zulkifli tahun lepas.

Dalam membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Azman memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah terkhilaf apabila menawarkan pertuduhan alternatif terhadap Zulkifli di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

"Hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya membuat satu dapatan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie di bawah pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

"Mahkamah itu juga sepatutnya memanggil tertuduh untuk membela diri sama ada di bawah Seksyen 302 atau Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

"Dengan ini, mahkamah mengarahkan tertuduh untuk membela diri di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan hakim yang sama," katanya.

Hakim Azman bersidang bersama Hakim Datuk Leonard David Shim dan K. Muniandy.

Mahkamah menetapkan 2 Sept untuk pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, ketika berhujah dalam rayuan itu, berkata Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Aslam Zainuddin, tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan pertuduhan alternatif kerana perkara itu terletak di bawah budi bicara Pendakwa Raya.

 
Back
Top
Log in Register