eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Bekas pengarang majalah Al-Islam dan Qiblat, terbitan Kumpulan Utusan, Nasruddin Salleh (gambar), 75, meninggal dunia di rumahnya di Lembah Keramat, Hulu Klang, dekat sini petang ini.
Menurut anak sulungnya, Intan Mariam Shahnaz, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.20 petang setelah kurang sihat sejak kebelakangan ini.
''Ayah ada menghidap diabetes, tetapi terkawal, cuma sejak kebelakangan ini arwah ayah tidak berapa sihat tetapi masih boleh berjalan dan beribadah seperti biasa. Itu yang buat kami agak terkejut dengan pemergiannya,'' ujarnya.
Allahyarham Nasruddin meninggalkan seorang balu Saonah Shukor, 67; lima orang anak serta lapan orang cucu. Beliau mendapat cucunya yang kelapan dua hari yang lalu.
Nasruddin berkhidmat dengan akhbar Utusan Melayu selama 38 tahun dan bersara pada usia 58 tahun pada tahun 1990.
Semasa hayatnya, Allahyarham juga seorang yang disegani di kalangan penduduk Lembah Keramat dan merupakan imam surau Al Mustaqim.
Jenazah Allahyarham Nasruddin akan dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat, Hulu Klang, dekat sini.