BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Adun disamun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEREMBAN: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sejumlah wang tunai milik seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarikan tiga penjenayah dalam kejadian samun berhampiran Taman Dusun Nyiur di sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dikatakan disamun selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah menengah di sekitar Ampangan di sini.


"Sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai berumur sekitar 30-an menghalang kenderaan mangsa di lokasi kejadian.


"Dua suspek kemudian meluru keluar ke arah kenderaan mangsa, sebelum bekas ADUN itu dilarikan bersama kenderaannya menuju ke arah Kuala Pilah," kata Mohd Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu di sini, hari ini.


Beliau berkata, mangsa dicampak keluar dari kenderaan di satu lokasi sekitar Paroi dan semua penjenayah terbabit dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Pilah.


Selain SUV berkenaan, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dianggarkan RM6,000 dan dokumen pengenalan diri milik mangsa.


Katanya, pihak polis melancarkan gerakan memburu tiga penjenayah berkenaan.
 
hallamak.. ganasnya.. kenapa la makin teruk msia nih..
 
Sekarang ni susah nak cari kerja.....nak apply loan pun lagi laa susah...

Yg graduate ader pengalaman pun susah nak survive...
 
Back
Top
Log in Register