BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan Diesel Stabil, Gangguan Hanya Isu Logistik - Armizan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c9823596e0de5d14377cac1a114a36bf69dd007e54880

10b10982e53081fee9970fbfddb1853d69dd0076a70af

fb Armizan Mohd Ali

Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya semasa situasi ketidaktentuan global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata terdapat beberapa gangguan terpencil dilaporkan namun ia berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh dan bukan kekurangan bekalan.

“Isu-isu ini telah dan sedang ditangani segera. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan sekiranya terdapat stesen minyak mengalami kekurangan bekalan melalui platform aduan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Kampung Bratan di sini hari ini.

Armizan berkata kerajaan akan terus memperkukuh PJRM sebagai satu daripada mekanisme intervensi utama bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 7,320 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan lebih 7.38 juta transaksi.

 
Back
Top
Log in Register