BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan Bahan Api Selangor Cukup - KPDNHEP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
16.03.2020 - Shah Alam, Bekalan bahan api di negeri ini mencukupi, demikian jaminan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata pemeriksaan bekalan petrol dan diesel secara serentak dan berkala di semua stesen minyak mencukupi untuk jualan harian, lapor Sinar Harian.

“Pemeriksaan di 150 stesen minyak setiap minggu akan dilakukan kakitangan dari tujuh cawangan KPDNHEP seluruh negeri,” katanya.

Pada masa sama, Muhamad Zikril berkata arahan bertulis kepada pemilik stesen minyak juga dikeluarkan bagi memastikan bekalan sentiasa cukup di premis masing-masing.

“Sekiranya gagal mematuhi syarat, mereka (pemilik stesen minyak) boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali bagi kesalahan pertama atau denda RM3 juta bagi kesalahan kedua dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

minyak-dan-petrol-c-960x640.jpg.webp


Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/bekalan-bahan-api-selangor-cukup-kpdnhep/
 
minyak murah semua nak simpan stok la ni
 
Back
Top
Log in Register