BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekal 620 setem palsu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Klang: Seorang lelaki yang juga ejen penjual setem didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membekalkan 620 keping setem palsu kepada Pos Malaysia.

Tertuduh, Teh Soon Chai, 35, pemilik Maxwell Trader Enterprise turut berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zaki Mohd Daud di hadapan Majistret Mohd Fadli Yaacob sementara tertuduh diwakili peguam Rajvinder Singh.


Difahamkan, kes menjual setem palsu ini pertama kali berlaku di negara ini dan mengikut kertas pertuduhan, Soon didakwa melakukan kesalahan membekalkan setem berdominasi 60 sen kepada Pejabat Pos Mini Taman Sentosa, di sini, antara 28 Mei hingga 3 Oktober tahun lalu.


Satu laporan kemudian dikemukakan kepada Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Jabatan Pos SKMM pada 11 Oktober lalu berhubung kes pemalsuan setem pos dikesan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.


Laporan daripada Percetakan Keselamatan Nasional Malaysia Sdn Bhd bertarikh 11 Oktober tahun lalu mengesahkan 620 keping setem yang dibekalkan tertuduh adalah palsu.


Pemalsuan setem yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Ahmad Zaki dalam hujahnya memohon mahkamah mengenakan tindakan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh kerana ia membabitkan kepentingan awam selain ingkar kepada Pos Malaysia kerana menjual setem palsu. Sementara itu, Mohd Fadli dalam penghakimannya berkata, tindakan tertuduh yang membekalkan setem palsu kepada Pos Malaysia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap pihak Pos Malaysia kerana beliau adalah pihak yang diberi tanggungjawab membekalkan setem.


sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bekal620setempalsu/Article/index_html
 
den tak paham, apek ni bekal setem apa kepada pos malaysia? apek ini printer setem pos malaysia ke?
 
den tak paham, apek ni bekal setem apa kepada pos malaysia? apek ini printer setem pos malaysia ke?

tu stem , agaknya duit kalu boleh print suka hati cam no:D
 
lol...bkn ke pos malaysia cetak sendiri stem? ada sesapa keje pos dlm ni bole bg jawapan
 
ingatkan wang palsu aje ade rupa-rupanya stem palsu pun ada gak.
 
ingatkan wang palsu aje ade rupa-rupanya stem palsu pun ada gak.

Telur ayam pun ade palsu, alat sulit palsu, perempuan palsu, lelaki palsu..setakat stem ape la sgt :eek:
 
den tak paham, apek ni bekal setem apa kepada pos malaysia? apek ini printer setem pos malaysia ke?

ni selalu setem hasil yg rm10 ketas tu...mmg berlambak yg palsu...marketing nya firma2 guaman dan pej2 pos kecik....sure la diorang beli lagi murah dr pembekal setem palsu...margin tinggi...
 
Tertuduh, Teh Soon Chai, 35, pemilik Maxwell Trader Enterprise

Kerana tu orang bangsa ni senang berniaga. Senang juga nak jadi kaya.

Bapa saya cakap mereka "pandai" meniaga. Pandai menipu cara yahudi adalah.

Berniaga tiada kesedaran moral dan tidak takut balasan hari akhirat.
 
Back
Top
Log in Register