BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beginikah akhlak Imam Hadhari ? Malu..malu. !....

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sebelum ini sebuah syarikat dari Pulau Pinang yang melabor di Kelantan pernah menyediakan proposal untuk membina sebuah jambatan merentangi sungai Kelantan antara Kampung Laut dengan Tambatan di-Raja di Kota Bharu. Jarak tempat itu dari jambatan sekarang kira-kira 3 km sahaja.

Jadi kenapa sebuah jambatan baru tidak dibina di tempat itu? Kenapa ia hanya memperbesarkan jambatan sekarang? Untuk memahami hakikat ini elok kalau kita menoleh kepada sejarah 48 tahun lalu bagaimana pembinaan jambatan Sultan Yahya itu bermula.

Dia tak buat jambatan tu kat situ sbb dia gi buat kat pasir mas. kat pasir mas tu, takde la sesibuk di jambatan sultan yahya. dari lapan lorong (selalu jadi 8 lorong) nak naik jambatan, dan perlu berasak2 untuk naik ke atas jambatan yang 1 lorong.. bayangkan la betapa sibuknya kat atas jambatan sultan yahya.. tapi kenapa dia tak buat kat kampung laut tu ye?
 
Lancar jambatan konkrit, putus jambatan kasih
Husam Musa

Perdana Menteri berada di Kelantan selama dua hari dengan pelbagai acara 'besar'.

Pagi semalam (Khamis), acara perletakan batu asas Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, setengah kilometer dari Kota Darulnaim, Pejabat MB Kelantan.

Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah. Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi.

Mungkin Pak Lah merasa Umno sudah terlalu kuat. Sapa menyapa membuang masa. Tuan rumah boleh dinyahkan bila-bila masa dengan 'power' yang Umno ada.

Khemah besar lagi panjang di tapak projek pagi itu diberitakan kosong. (Lihat foto di Harakahdaily) Puas diseru orang ramai memenuhi khemah, khemah tak terpenuhkan.

Rakyat Kelantan sudah tentu mahukan jambatan. Tetapi jambatan per se adalah perkara biasa yang tak perlu dikerumuni. Ia akan siap jika Kerajaan Pusat ada wang dan kemahuan. Itu acara biasa yang tak perlu kepada keriuhan.

Yang boleh meriuhkan ialah bila Perdana Menteri bertemu dengan tokoh ulama' di atas kepala jambatan. Seperti apa Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan sedikit masa lalu. Jambatan Pasir Mas dirasmikan oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pada waktu itu.

Sebuah sofa untuk Tok Guru Nik Aziz disediakan bersebelahan beliau. Rakyat berderu keluar kerana ia boleh dianggap menarik. Jambatan konkrit itu tidak carik kerana kehadiran Tok Guru.

Event semalam tak ada tarikan itu.

Tun Mahathir nampaknya lebih cekap menghitung mood rakyat Kelantan.

Pertama teluk kedua pantai
Ketiga dengan jamban di hulu
Pertama elok kedua pandai
Ketiga baik perangai penghulu

Anak Cina ketimbang madat
Dari Melaka berakit ke Deli
Hidup ketua biar beradat
Budi bahasa tak dijual beli

Baik baik mengail tenggiri
Jangan terkena jambatan larang
baik baik menyombong diri
jangan sampai tak disukai Tuhan

Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Tetamu datang tak sudi bertemu
Usahkan salam sapa pun tak mau

Yang berdiri berikan salam pada yang duduk
Yang seorang berikan salam pada yang ramai
Yang datang berikan salam pada yang menunggu

betul lah tu... semalam masa kuar berita ni kat TV3... tertunggu-tunggu jugak aku kalau2 ada sekali gambar Nik Aziz atau Hadi bersama dgn Pak Lah ni... tapi hampeh... nampak sangat lah propaganda siaran TV UMNO ni...
 
bila agaknya korang bleh g minta ampun ngan pak lah?...ckp islam pandai,tapi mengata dan mengumpat....ish ish ish.....
 
propaganda politik seme tu.

ingat tak masa pilihanraya pengkalan pasir? malam tu geng2 otai BN ni duk di hotel rennaisance kb. malam sblm pilihanraya tu, diorng menabur fitnah dengan sms. diorng dah beli siap2 no prepaid dan topup. dan ajk-ajk ni guna no prepaid tu untuk sebar fitnah. betapa jijiknya politik diorang ni.

aku cakap ni sbb aku tau. dan memang aku tau.
 
propaganda politik seme tu.

ingat tak masa pilihanraya pengkalan pasir? malam tu geng2 otai BN ni duk di hotel rennaisance kb. malam sblm pilihanraya tu, diorng menabur fitnah dengan sms. diorng dah beli siap2 no prepaid dan topup. dan ajk-ajk ni guna no prepaid tu untuk sebar fitnah. betapa jijiknya politik diorang ni.

aku cakap ni sbb aku tau. dan memang aku tau.

memang keje lahanat dari dulu kini dan selamanya :D :D :D :o :)cgrock
 
Bila bab bab politik ni...dulu aku xtau..
Tapi, kini bila dah tau.. Aku rasa bila berpolitik ni 2x5 jer dua2nya...
 
pak lah dah naik pangkat jadi Imam Hadhari lak ke... hehe :D
 
bila agaknya korang bleh g minta ampun ngan pak lah?...ckp islam pandai,tapi mengata dan mengumpat....ish ish ish.....

bila agaknya pak lah nak minta ambpun ngan rakyat malasyia sebab bagi anak menantu kebas duit rakyat malaysia(fuyoooo ramai tu, nak kena q dulu le nampaknya....)....:eek: :eek: :eek:
 
dengar2 citernye yang handle urusan menjemput tu bodoh bangkai tak ngajak tuan rumah ... tapi patutnya PL kena alert laa .. ni dah anak buah bodoh bangkai kena laa monitor jgn laa asyik tdo aje tau laa penat dok lancar koridor utara
 
hahahhahahhahaaaa.... gelak sama diorang...
mana otak .. tarak pakai juga..:eek:
 
Back
Top
Log in Register