BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beginikah akhlak Imam Hadhari ? Malu..malu. !....

aku x kisah amno suka ka x suka ka.. pas suka ka x suka ka... yang penting aku berusaha untuk tidak buat perkara yang ALLAH S.W.T tak suka .. cukup utk bekalan ke akhirat kelak.. kalau kau orang PAS tidak suka aku.. tidak menjadi masalah besar bagi aku... aku tidak membenci seseorang kerana pegangan politik dia... kalau orang ameno suka aku... aku x kisah .. asalkan aku x buat salah dengan orang... perbuatan membenci seseorang itu adalah perbuatan yang dibenci oleh ALLAH S.W.T masa zaman RASULULLAH dahulu.. beliau dipelihara oleh ABU TALIB yang masih KUFUR dan tidak berpegang kepada ISLAM.. tapi RASULULLAH tidak pernah menghalau beliau.. tidak pernah mencerca beliau... Indahnya AKHLAK RASULULLAH....Indahnya cara RASULULLAH Berdakwah... kalau ingin menukar pemerintah... berdakwah lah dengan cara yang baik.... terus-terang aku katakan... cara yang org-org PAS kebanyakan dalam hujah-hujah di sini.. tidaklah mencerminkan Akhlak Islam yang sebenar... Aku tidak nampak dimana indahnya PAS dengan kutuk mengutuk yang anda semua cuba sampaikan.. aku amat tertarik dengan Nik Aziz.. dengan kewarakan beliau... tapi dengan pengikut2 seperti kau orang inilah aku tidak nampak langsung di mana relevannya untuk PAS menjadi pemerintah.. sekiranya kau orang mampu untuk berdakwah dengan ilmiah.... mengikut tertib RASULULLAH ... insyALLAH aku akan terbuka hati untuk menukar pemerintah...

p/s jangan disalah ertikan dengan penerangan aku... aku bukanlah orang UMNO.. aku bukanlah orang PAS... aku huraikan disini bukanlah dengan tujuan berpolitik.. aku hanya ingin kongsi bersama.... sebab kebanyakan bagi anda... orang UMNO semuanya JAHAT... aku ingin kongsi bersama... pada suatu pilihanraya dahulu.. ustaz di sekolah aku adalah seorang yang warak.. dan beliau adalah seorang ahli PAS.. tapi oleh kerana di kawasan aku tidak ada calon PAS.. pada pilihanraya tersebut.. beliau di jemput untuk mengadakan solat Hajat untuk berdoa agar pada masa tersebut parti UMNO boleh menang di kawasan itu... kenapa beliau sanggup mengimamkan solat HAJAT tersebut? kerana pada masa tersebut hanya dua calon yang bertanding iaitu sorang UMNO (ISLAM) dan sorang parti pembangkang (BUKAN ISLAM).. kenapa beliau sanggup berbuat demikian untuk menjadi imam.. kerana didalam hati beliau tiada hasad DENGKI... aku amat tertarik dengan cara beliau... memberikan contoh terbaik dengan umat ISLAM...

pendapat ko tu menunjukkan ko orang amno, buat apa nak malu, dari mula lagi ko pertahankan sangat amno, lepas tu tak ngaku orang amno.

aku tak malu aku mengaku orang pembangkang, kita negara demokrasi, buat apa nak takut, selagi kita tak langgar undang Allah, ini tidak nak mengaku orang amno pun takut, tapi pertahankan bagai nak rakkkk...come on la bro, takkan itu pun nak takut, ke ko malu nak ngaku ...:-?
 
Bro, aku nasihat kat engkau, pergi cari tok guru agama engkau, pastu tanya dia... kalau kiter mengumpat pasal keburukan seorang pemimpin tu, berdosa ker tidak...

jangan main hentam jer...

silalah berkongsi dengan aku sekiranya ianya tidak berdosa.. silalah sampai kan kepada aku dengan ilmiah sekiranya ianya betul tidak berdosa.. silalah kongsi bersama ilmu anda.. supaya kita dapat ambil ikhtiar bersama... syukur sekiranya aku dapat menambangah ilmu daripada yang anda ingin sampaikan.. tp silalah berikan hujah2 yg bernas berdasarkan AL-QURAN dan SUNNAH yang kita semua pegang dan ikuti...
 

pendapat ko tu menunjukkan ko orang amno, buat apa nak malu, dari mula lagi ko pertahankan sangat amno, lepas tu tak ngaku orang amno.

aku tak malu aku mengaku orang pembangkang, kita negara demokrasi, buat apa nak takut, selagi kita tak langgar undang Allah, ini tidak nak mengaku orang amno pun takut, tapi pertahankan bagai nak rakkkk...come on la bro, takkan itu pun nak takut, ke ko malu nak ngaku ...:-?

aku hanya malu sekiranya aku melanggar peraturan dan perundangan ALLAH S.W.T ... negara ini hanya demokrasi... negara ini hanya sementara... ;).. aku tidak akan malu kepada anda wahai matgori.. anda belum menjawab saya lagi.. adakah dengan mengatakan saya "JAHIL" sebelum ni.. merupakan cara berdakwah yang baik? itukah yang sebenarnya ko cuba sampaikan?
 
nampaknya sahabat aku still tak paham cerita lalat dalam mee serta tok iman dgn janda muda... ;)

atau buat2 tak paham..:D:D

saper2 yg ada nie tolong bagitau lampard sat....
 
silalah berkongsi dengan aku sekiranya ianya tidak berdosa.. silalah sampai kan kepada aku dengan ilmiah sekiranya ianya betul tidak berdosa.. silalah kongsi bersama ilmu anda.. supaya kita dapat ambil ikhtiar bersama... syukur sekiranya aku dapat menambangah ilmu daripada yang anda ingin sampaikan.. tp silalah berikan hujah2 yg bernas berdasarkan AL-QURAN dan SUNNAH yang kita semua pegang dan ikuti...

menegur dan membetulkan apa yang tak betul adalah kewajipan kita, kalu ada pemerintah tak betul, kita betulkan..itu bukan mengumpat, kalu ada pemerintah buat tak betul lepas tu kita pakat2 nak perbetulkan pun tak boleh :-? camana plak kita nak perbetulkan benda2 yang melencong macam ni :-?

sila baca kat bawah sampai habis:

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.
 
aku hanya malu sekiranya aku melanggar peraturan dan perundangan ALLAH S.W.T ... negara ini hanya demokrasi... negara ini hanya sementara... ;).. aku tidak akan malu kepada anda wahai matgori.. anda belum menjawab saya lagi.. adakah dengan mengatakan saya "JAHIL" sebelum ni.. merupakan cara berdakwah yang baik? itukah yang sebenarnya ko cuba sampaikan?

ada aku pernah kata ko jahil? bagi aku sendiri aku mengaku aku jahil, aku tak malu, ilmu ALlah sangat luas sehingga tidak tercapai oleh akal semua manusia di bumi ini, apakah itu tidak menunjukkan bahawa kita semua adalah jahil :-?

satu patah kita belajat 1000 patah kita tidak tahu, jika 1000 patah kita beljar maka 1 juta patah kita tidak tahu, adakah itu menunjukkan kita semua tidak jahil :-?
 
ni lagi hadis mengenai keharusan mengumpat

silalah berkongsi dengan aku sekiranya ianya tidak berdosa.. silalah sampai kan kepada aku dengan ilmiah sekiranya ianya betul tidak berdosa.. silalah kongsi bersama ilmu anda.. supaya kita dapat ambil ikhtiar bersama... syukur sekiranya aku dapat menambangah ilmu daripada yang anda ingin sampaikan.. tp silalah berikan hujah2 yg bernas berdasarkan AL-QURAN dan SUNNAH yang kita semua pegang dan ikuti...



Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.

Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.
 
aku hanya malu sekiranya aku melanggar peraturan dan perundangan ALLAH S.W.T ... negara ini hanya demokrasi... negara ini hanya sementara... ;).. aku tidak akan malu kepada anda wahai matgori.. anda belum menjawab saya lagi.. adakah dengan mengatakan saya "JAHIL" sebelum ni.. merupakan cara berdakwah yang baik? itukah yang sebenarnya ko cuba sampaikan?

Biar aku cuba... k...

kebanyakkan tuduhan jahil di sini ialah tidak faham pengkhususan tentang Islam... Islam sebenarnya bukan lah hanya kepada tuntutan akhlak ataupun fardhu Ain sahaja...Islam itu merangkumi semua bentuk kehidupan... dari pendidikan, perundangan, ekonomi, perpaduan, sukan etc.Islam adalah satu cara hidup... bermakna Islam itu sendiri adalah politik... maka jika ada sesiapa yang mengatakan politik dan agama itu tidak boleh bercampur maka... itu adalah fahaman sekular... golongan sekular ini sebenarnya adalah satu bentuk acuan daripada penjajah dan penerimaan undang2 penjajah sebagai satu syarat untuk mencapai kemerdekaan ....

Maka ini bermakna selagi Mesia tidak mengamalkan undang2 islam... dan ada segolongan manusia islam yang berasa puas hati dengan apa yang ada sekarang... itu juga satu perkara yang menjengkelkan....

Masalah tentang undang2 manusia ni terlalu banyak utk disenaraikan ... tetapi yang jelas di sini bahawa undang2 manusia hanya membawa kepada kezaliman yang semakin teruk hari demi hari... Pada kami, Undang2 sedemikian hanya menggalakkan daripada menghentikan. Itulah yang berlaku sekarang...

Maksud berdakwah di sini secara amnya ialah penyampaian dan penerangan tentang islam kepada mereka yang bukan Islam serta orang islam keturunan yang meminggirkan islam.

Pihak Pas menghadapi satu bentuk kerajaan yg tidak dapat menerima sepenuhnya Islam... walaupun mereka ini orang Islam... juga pada masa yang sama mengaut sebanyak mungkin harta dan kedudukan.... tanpa mengira kezaliman yang dilakukan... Menggunakan institusi polis, mahkamah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Walaupun sudah dijelaskan tetapi mereka tetap mengulangi perbuatan mereka... Malah walau di ajak berdebat secara terbuka pun mereka menolak... Maka keluarlah perkataan yang kurang elok... kerana jika Pas cakap baik2 mereka terus memperlekehkan PAS... Salah satu fitnah yang mereka taburkan adalah Pas yang memperjuangkan Hukum Allah tidak mampu mentadbir negara....

Kami, pihak pembangkang hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan kezaliman tidak berpanjangan... iaitu menjatuhkan amno dalam pilihanraya akan datang... kami tidak boleh bersikap seperti pengganas... kami juga mahukan kestabilan negara terjamin.... sebab yang kami tentang hanya orang zalim yang hipokrit, menggunakan semua jentera kerajaan, memberi sogokkan.. dengan niat hendak terus memerintah.... mereka adalah segolongan manusia perosak...

saya berhenti di sini dahulu utk melihat respons... 10q
 
Back
Top
Log in Register