BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bedak nyonya menggamit memori

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
image.jpg

SAMFONG Hoi Tong Face Powder atau lebih dikenali sebagai 'bedak nyonya' merupakan kosmetik popular sejak beberapa dekad lalu

Ia adalah bedak muka berbuku yang diletakkan dalam bentuk empat segi berwarna kuning yang mempunyai wajah wanita Cina

Boleh dikatakan setiap rumah pada 1970-an, pasti mempunyai bedak nyonya ini di atas almari solek dan dalam beg tangan

Ia sangat popular di kalangan warga emas, wanita berkerjaya dan pelajar sekolah kerana dapat membantu menaikkan seri wajah dan tidak polos

Mempunyai ketebalan lebih satu sentimeter menyebabkan ia boleh digunakan selama beberapa bulan bergantung kepada cara penggunaannya

Ia hanya disapu dengan menggunakan hujung jari dan ada juga yang menggunakan ‘span muka’ untuk mengelakkan sapuan bedak tersebut tidak sekata

Bedak nyonya ini diasaskan pada 1889 oleh Chan Chow Tong yang berasal dari Wilayah Canton, China dan mula dikilangkan secara meluas melalui kilangnya di Kowloon, Hong Kong

Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat Hong Kong, Sam Fong Cosmetic Co Ltd dan digunakan kebanyakan wanita Cina pada peringkat permulaan berada di pasaran

Di Malaysia, bedak nyonya ini mula memasuki pasaran Malaysia sejak perang dunia kedua menerusi syarikat Sam Fong (M) Sdn Bhd

Pada zaman kegemilangannya sekitar 1980-an, syarikat ini mengeluarkan kira-kira 12,000 unit sebulan dan ianya juga dieksport ke luar negara seperti Sri Lanka, Timur Tengah dan Eropah

Bedak tradisional yang menggunakan formulasi ramuan Cina ini bukan sahaja membantu mencerahkan kulit, bahkan boleh digunakan sebagai masker setelah dicampurkan air suam

Sejak kebelakangan ini, Bedak Nyonya jarang digunakan generasi muda kerana mereka memilih bedak yang lebih berjenama

Bagaimanapun, Bedak Nyonya tetap diingati dan pastinya ia mempunyai nostalgia yang tersendiri kepada pemakainya dan yang pernah melihatnya dan hidup pada zaman kegemilangannya

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bedak-nyonya-menggamit-memori-1.568919
 
cam biasa ku lihat si rambut kembang tu...tapi dimana ye?? .. :-?:-?:-?
 
memang menggamit kenangan, adakalanya seperti di 'refreshkan' semula dua tiga menjak ning.
 
Bedak ni masih dijual di kedai2 cina.
 
dapat lg ke 1.20?

IMG_6390.jpg

a769de6f6767fbdad3f6ddc20fea890a.jpg
 
fuh...legend..skali je aku nmpk arwah nenek aku pakai @_@
 
mmg takde kesan sampingan

bedak skrg nak pakai ragu2
 
Back
Top
Log in Register