combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Beca Terus Mengayuh Warisan, Tarik Pelancong Terokai George Town
Di sebalik kepesatan sistem pengangkutan moden dan dominasi perkhidmatan e-panggilan, beca terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara ikon pelancongan paling sinonim dengan Pulau Pinang, dengan menawarkan pengalaman unik yang menghubungkan pelancong dengan sejarah, budaya dan warisan George Town.
Meskipun bukan lagi pengangkutan pilihan penduduk tempatan, beca kini berkembang menjadi produk pelancongan yang bernilai tinggi, khususnya di sekitar Lebuh Armenian dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus menjadi sumber rezeki kepada pengayuh yang masih setia mempertahankan warisan itu.
Bagi pengayuh beca yang mahu dikenali sebagai Chiko, 70, berkata profesion yang diceburinya sejak lebih empat dekad lalu bukan sekadar mencari nafkah, malah menjadi amanah untuk memastikan identiti pelancongan Pulau Pinang terus hidup dan dihargai generasi akan datang.
Anak jati Pulau Pinang berbangsa Cina itu, boleh bertutur dalam 16 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Arab, Tamil dan Greek, hasil pengalaman enam tahun bekerja sebagai pemandu kapal yang membawanya mengelilingi dunia, sebelum memilih menjadi pengayuh beca.
Keupayaan itu, membolehkan beliau berinteraksi dengan pelancong dari pelbagai negara sambil berkongsi kisah di sebalik bangunan warisan, lorong-lorong bersejarah dan kepelbagaian budaya yang menjadikan George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
“Saya belajar bahasa asing untuk berkomunikasi dengan orang ketika bekerja sebagai pemandu kapal dan sejak 40 tahun lepas sehingga sekarang, saya gunakan kelebihan boleh bertutur itu untuk menarik pelancong asing menaiki beca bagi melihat bandar George Town.
“Kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelancong asing yang sememangnya mencari pengalaman menaiki beca, bagi menikmati suasana bandar warisan itu dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui Bernama di Lebuh Armenian di sini.
Chiko berkata musim paling sibuk ialah apabila kapal persiaran berlabuh di Pulau Pinang, terutama pada penghujung tahun, apabila ramai pelancong asing membanjiri bandar warisan itu.
Loading…
www.bernama.com