BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beberapa opsyen SPBA dibantah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.
Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.
Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BeberapaopsyenSPBAdibantah/Article
 
prlu igt, gomen yg desperate,bkn pa

so spatutnya 100z% content prlu jaga kbajikan smua pa

gomen nk tnjk baik psl pru dh dkt , tp nk pksa pa trima skim haprak ni

btula la gomen mesia ni sengal
 
sia belum dapat taklimat berkaitan SBPA ni....
so.... tak dapat gambaran sebenar......
 
Cuepacs nak jumpa Pm.....JPA nak truskan,,,,kita 'da tau' sapa bakal menang
 
pa smua mmg akn mnang,jgn sain ramai2 , abis citer

x utang dgn gomen korap ni, pru 13 nanti, kasi tergolek anjing jer gomen sengal ni
 
prlu igt, gomen yg desperate,bkn pa

so spatutnya 100z% content prlu jaga kbajikan smua pa

gomen nk tnjk baik psl pru dh dkt , tp nk pksa pa trima skim haprak ni

btula la gomen mesia ni sengal





jangan salahkan gomen jee....kena tengok dari semua sudut.
 
prlu igt, gomen yg desperate,bkn pa

so spatutnya 100z% content prlu jaga kbajikan smua pa

gomen nk tnjk baik psl pru dh dkt , tp nk pksa pa trima skim haprak ni

btula la gomen mesia ni sengal

x setuju ngn ko ckp,gomen kita ni bagus,dia jaga kebajikan kita,bagi aku la gomen patutnye turunkan gaji kakitangan awam utk pembangunan negara bukan naikkan lagi gaji kakitangan.:eek: :eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register