boleh...pilih je la nak shipping camner,
1. laju (2-3 business days)-guna DHL atau UPS, (ada tracking no)kalau amazon guna UPS, dan shipping kita lebih dari RM500, ramai komplain UPS siap wat paperwork bayar tax kat kastam dan charge kita. Jadi nak selamat keep bawah RM500 termasuk kos shipping per package. Guna penghantaran ni memang mahal, kalau setakat beli 1-2 BD tak payahlah guna.
2. Expedited shipping - macam shipping biasa juga tapi laju sikit dari standarad shipping. Harga mahal sikit dari standard, tapi saya tak syorkan sebab kalau ikut pengalaman saya, standard shipping dan expedited, lebih kurang sama gak tempoh nak sampai Malaysia (selalu saya dapat dalam 3 minggu kalau beli kat amazon USA)
3. Standard shipping - termurah, tiada tracking, tapi hati2 takut barang tak sampai kat umah tapi sampai kat umah posmen ke harharhar. Saya selalu menggunakan alamat pejabat saya (gomen) dan alhamdulillah tidak pernah ada masalah. Tak mo guna alamat rumah sebab dah 2 kali barang saya hilang, shipment dari USA.
Saya syorkan beli di Amazon UK coz dgn royal mail (standard shipping) dalam satu minggu dah sampai dah kat kita. Tapi pastikan region lock blu ray tersebut. Kita hanya boleh main region A dan regio free BD saja. Jadi cari yang region free BD kat amazon.co.uk
nak tengok region lock tengok sini, tengok list kat bendera UK..kalau region free, leh lah beli
http://bluray.liesinc.net/index.php?region=b
tambah maklumat : jangan risaulah kalau barang tak sampai sebab kalau hilang, amazon akan reimburse balik pada kita. Customer service depa memang best.