BTC USD 80,487.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bebankan penumpang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

SAARI OMAR​

PUTRAJAYA 13 April - Pelaksanaan sistem teksi bermeter bagi menggantikan kaedah kupon di Putrajaya Sentral sejak 6 April lalu didakwa membebankan penumpang kerana terpaksa membayar tambang lebih mahal untuk ke destinasi tertentu.

Pengerusi Persatuan Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor (PTBPS), Saari Omar berkata, melalui sistem bermeter, penumpang dikenakan caj RM2 dan bayaran meter mengikut jarak serta masa perjalanan.

Menurutnya, ini berbeza berbanding kaedah kupon yang terlebih dahulu perlu didapatkan di kaunter pembayaran, penumpang tidak dikenakan caj RM2, malah mereka sudah mengetahui bayaran tambang sebelum menaiki teksi.

“Misalnya menerusi sistem meter dari Putrajaya Sentral ke Pusat Membeli-Belah Alamanda, para penumpang perlu bayar RM2 dan tambang meter RM15.50 berbanding kaedah kupon yang hanya dikenakan bayaran RM13 sahaja.

“Sistem meter telah membuka peluang kepada para pemandu teksi untuk mengaut untung lebih apabila mereka sengaja menggunakan laluan jauh bagi menambah bacaan meter yang akhirnya para penumpang terpaksa bayar lebih mahal,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pemansuhan sistem teksi berkupon di Putrajaya Sentral di sini hari ini.

Pada hujung tahun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan notis untuk memansuhkan sistem teksi berkupon dan menggantikannya dengan kaedah meter bermula bulan ini.

Dalam masa sama, Saari memberitahu, sejak sistem meter diperkenalkan, jumlah penumpang teksi di Putrajaya Sentral berkurangan sebanyak 200 pengguna sehari setelah merungut tambang dikenakan terlalu mahal dan membebankan.

Ujarnya, secara tidak langsung, keadaan itu telah menjejaskan separuh pendapatan pemandu teksi di Putrajaya yang terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapatkan penumpang.

Sehubungan itu, beliau meminta SPAD mengkaji semula keputusan pelaksanaan sistem bermeter di Putrajaya Sentral dan mengekalkan kaedah kupon seperti dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Stesen Sentral Kuala Lumpur.

“Jika SPAD tidak berganjak dengan keputusan itu, kita akan mengetengahkan isu ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Mengapa SPAD mahu tukar ke sistem meter sedangkan mengikut kaji selidik yang dilakukan, sebanyak 89 peratus pemandu dan 80 peratus pengguna di Putrajaya Sentral mahu sistem teksi kupon dikekalkan,” katanya.
 
Ya kita sokong, untuk symtem kupon tiada penipuan yg dilakukan contohnya menggunakan jalan jauh bg segelintir pemandu
 
Back
Top
Log in Register