BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bazar Ramadan paling berisiko

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_02.1.jpg

BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.

"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.

Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.
 
byk penjual ... yang tak pandai masak :))

bukan dari peniaga asal .. just cari income partime :">
 
kalau petang tu hujan,esoknya hati2 la nk beli tu..
 
bazar .. ada makanan segera .. macam2 .. tu yang tak boleh nak lepas..
 
betol la tuh..kalau peniaga pengotor..nasib la pembeli...
 
Dah masuk 16 hari berpuase, baru smlm tergereak hati nak pegi bazaar~ Beli pun 2 macam kueh pastue balik.. Tak selere =)
 
ada juga yg recycle mknn utk dijual esok hari
 
erm..kat pasar slalu mkn laksa je ...stakat ni alhamdllah slmat lagi
 
Back
Top
Log in Register