BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayi maut lima jam ditinggal dalam kereta

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881

Bayi maut lima jam ditinggal dalam kereta​

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza akibat strok haba di Sungai Tiram, Ulu Tiram, dekat sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku setelah mangsa ditinggalkan di dalam kereta tanpa disedari oleh nenek mangsa dalam keadaan enjin kereta dimatikan.

Katanya, hasil siasatan pada hari kejadian mendapati nenek mangsa berusia 59 tahun telah membawa mangsa bersama kakaknya ke sekolah di sekitar Sungai Tiram kira-kira pukul 1 petang.

“Mangsa kemudiannya ditinggalkan oleh neneknya di dalam kereta tanpa sedar di dalam kereta berkenaan ketika sampai ke rumah.

“Kira-kira pukul 6 petang, ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan telah mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpainya.

“Kemudian nenek mangsa mula menyedari mangsa berada di dalam kereta dan mendapati mangsa telah tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini pada Isnin lalu mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera.

Katanya, doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak cuai dan peka terhadap kanak-kanak dibawah jagaan masing-masing.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya. – K! ONLINE
 
Ada saja kes macam ni tenggelam timbul tenggelam timbul... Sistem kereta kena buat something ada object bergerak dalam kereta bunyi alarm ke, bunyi bising dalam ker... kena wajib semua kereta...
 
Dah besar rupanya bayi tu...ingat 3 bulan. Mcamana la keadaan dia kepanasan masa tu...teebayang aanak sendiri dalam situasi tu.. Allah. Cuai tahap dewa kes2 mcm nie
 
nak kene biasakan diri sebelum tinggalkan kereta jenguk belakang dulu. Mcm ambil lesen sebelum gerak periksa tayar la signal la. mcm aku sekarang mmg sebelum naik moto ke kereta at least tayar kene check dulu.

Moga tabah la dekat keluarga ni
 
Ada saja kes macam ni tenggelam timbul tenggelam timbul... Sistem kereta kena buat something ada object bergerak dalam kereta bunyi alarm ke, bunyi bising dalam ker... kena wajib semua kereta...
ade terbace tips..tanggalkan sebelah selipar/kasut yg dipakai & letakkan kt tmpt seat blkg, nnt nk kuar dari keta mesti teringat
 
Dah sampai masa kes kecuaian macam ni mendapat hukuman berat. Rina Harun buat apa lagi? Udah2lah make up badan sendiri
 
tula kete skrg x humanity centric

benda basic common sense mcmni lah kena imposed dlm ADAS

Maybe ADAS 4.0 kena include features common sense for humanity like cabin life recognition, perimeters life check, live cabin temperature etc
 
Back
Top
Log in Register