BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayar zakat guna SMS

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Bayar zakat guna SMS


PELANGGAN beragama Islam kini boleh membayar zakat fitrah dengan mudah menerusi khidmat m-fitrah oleh Celcom Axiata Bhd.

Celcom ialah ejen kutipan zakat fitrah bertauliah untuk negeri Selangor, Melaka, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Sabah.


Ketua Operasi Advanced Data Celcom Axiata Bhd, Afizulazha Abdullah berkata, khidmat itu yang dilakukan menerusi SMS, terbuka kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar sepanjang Ramadan. “Pembayaran zakat fitrah akan dipaparkan sama ada pada bil pasca bayar atau dipotong daripada kredit prabayar manakala resit pembayaran akan dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Celcom memanfaatkan peluang itu untuk menawarkan perkhidmatan mudah dan inovatif kepada pelanggan Islam sepanjang Ramadan.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BayarzakatgunaSMS/Article/index_html
 
aku bayar zakat pon pakai nie...senang...dah 3 tahun kot pakai...hehehehe...
 
senang mmg senang..tp better hulur sndiri zakat kt org yg memerlukan lebih puas ati..zakat ni kumpul je duit berjuta2..tp nk hulur ke org sush kdg2 payah
 
aku x paham konsep ni..duit kutipan zakat dibahagikan ke 8 bahagian.
1/8 bahagaian adalah utk amil yg memungut zakat.
so adakah dgn sms ni celcom dpt 1/8 bahagian..wat pe lagi nak bagi kat celcom yg dah kaya raya tu..
so pikir-pikir la yek..
setahun sekali x kan la tak boleh luang masa cari amil..sibuk sgt ke..
 
Last edited:
senang mmg senang..tp better hulur sndiri zakat kt org yg memerlukan lebih puas ati..zakat ni kumpul je duit berjuta2..tp nk hulur ke org sush kdg2 payah

zakat utk disimpan bukan utk diberi utk membuktikan yg malaysia ni kurangnye org2 miskin hahahahahhaha.makin tinggi nilai yg dikumpul makin kurang org miskin dlm statistik hahahahahahaha
 
aku x paham konsep ni..duit kutipan zakat dibahagikan ke 8 bahagian.
1/8 bahagaian adalah utk amil yg memungut zakat.
so adakah dgn sms ni celcom dpt 1/8 bahagian..wat pe lagi nak bagi kat celcom yg dah kaya raya tu..
so pikir-pikir la yek..
setahun sekali x kan la tak boleh luang masa cari amil..sibuk sgt ke..

Setuju bro... caompany dah kaya raya nak bagi dia orang duit zakat lagi..... baik le cari amil2 yang ada kat shopping kompleks ke atau kalau nak lagi best bayar je terus pada yang miskin tu....
 
Back
Top
Log in Register